Entry semalam, adalah entry aku yang aku rasa sangat tragis. Sedih, Takut, Fobia, semua la yang buruk-buruk ada kat fikiran aku ni. Ye, sangat takut dengan apa yang berlaku.
Pagi-pagi rutin harian aku, adalah bukak FACEBOOK, sebelum memulakan semua kerja-kerja aku. Sekali lagi aku mengucap panjang. Dia post kat wall aku. Mengucap panjang yang sangat-sangat panjang sampai aku sendiri tak tahu apa. Apa motif dia ?? Saje-saje atau pun memang betul dia nie gila meroyan.
meroyan tak tentu pasal kat wall aku. Belum lagi kat aku punya inbox facebook. Apa yang dia nak tue. Dia ada anak bini kot. Takkan la nak rosakkan hubungan rumahtangga dia sebab aku. Bodoh punya jantan. geram plak aku rasakan. Aku dah tak tau apa yang dia nak.
Terus terang, apa yang jadi nie, aku terus jadi trauma dengan semua lelaki. Ntah la ek. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi cam tue. Bukan kata dengan orang, nak keluar pergi amna-mana pun aku tak pegi. Dengar bunyi message amsuk jek aku dah berdebar. bukan tue jek, bunyi cicak pun aku dah rasa berdebar macam nak jatuh jantung ni.
Lagi teruk, dia cakap dia nak santau aku sampai aku ni cari dia. Isk, aku rasa apa benda nie. Kata sayang, takkan nak buat cam tue. Aku takut sangat. Kalau pape jadi kat aku. Macamana boleh jadi bebanan nie sebesar nie. Sampai nak buat kerja-kerja syirik nie. Takut sangat bila dia ckp ngan aku cam tue. Tapi, betul ker dia nak buat cam tue or dia cuma nak takut-takutkan aku jek. GILA !!!
Semalam, aku pujuk dia supaya dia balik dan pujuk wife dia balik kepangkuan dia. Aku cakap ngan dia baik-baik supaya dia tak melenting. Alhamdulillah, dia ikut cakap aku. Aku harap, dia berbaik dengan anak bini dia. Jadi, aku boleh la pergi jauh-jauh dari hidup dia lepas nie. Semoga urusan nie dipermudahkan.
Ya Allah, ko perlihara la aku. Lindungi aku semoga aku dapat mengharungi semua nie dengan tabah dan kuat semangat. Aku cuba yang terbaik untuk kehidupan aku selepas ini. Aku jugak berharap, semoga selepas nie tiada apa-apa yang teruk berlaku lagi dalam hidup aku. Amin..
Rambut sama hitam, hati lain-lain. kita sendiri tak tahu apa yanga da kat hati orang. Setenang air dimuka, tidak tahu hati yang bergelora. Semoga selepas nie, aku jadi lebih matang dan sangat matang untuk aku teruskan hidup dimuka bumi nie. Wiss me ....
1 comment:
kenape approve die?? block jer la.. dia jd kawan kat fb, die ade access utk gamba, sng la die nk santau.. x pyh la kwn dgn org mcm ni.. block jer trus..
Post a Comment