Followers

Monday, March 14, 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI SOAL CINTA



LELAKI pilihan anda ?

Lelaki pilihan saya ?? saya sangat simple. Jadi, saya hanya mahukan lelaki yang sangat simple dalam hidup saya. Selain itu, harap sangat lelaki yang boleh jaga saya hingga le syurga. Dan dapat jadi ketua keluarga

Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?

Lelaki seksi ? Gulp .. Tak perlu kot. Yek la, lelaki tak sinonim ngan seksi tapi dengan MACHO. Definasi seksi untuk lelaki ?? ntah ek, mungkin sengan suara yang serak - serak ditambah plak dengan suara yang garau, yeah.. seksi u..

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

Mungin ye, dan mungin tidak. Tak boleh nak judge semua lelaki adalah sama. Setiap orang amat - amat berbeza. Mungkin yang hanya berkorban sebelum memiliki cinta tue hanya untuk buat suka - suka dan ada beating antara kawan - kawan (jahat yek jawapan ) dan ada juga lelaki yang setelah  mendapatkan cinta juga, dia sanggup buat apa saya selepas itu. Contohnya, walaupun cinta dilarang, tapi tetap mahu meneruskan dan berusaha untuk hidup bersama walau apa yang ajdi

Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Pastinya TIDAK MAHU ?? Kenapa ?? sebabnya, kongsi -kongsi nie. aduhai, susah... Lagipun, lelaki - lelaki zaman sekarang nie, susah nak berlaku adil. Jadi, kalau dia tak adil, dia yang kena jawab kat akhirat nanti. Kesian kan. Lagipun, kalau berkongsi nie, akan jadi musuh. Sebab tak suka, Jadi lebih baik tak payah ada madu kan. Kalau madu lebah tak pe...

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?

Kalau dia ada perempuan lain ?? Bincang elok -elok dan kalau rasa nak teruskan hubungan, suruh dia berubah. Kalau rasa hati dah parah sangat, baik berundur. Kalau saya, saya pilih berundur. Tapi sebelum tue bincang cara elok kan. Mula cara baik, putus pun cara baik la. Yek tak ??

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?

Lelaki atau perempuan ?? Sejujurnya saya sangat setuju, dua - dua sama jek. Kalau tak mulakan, mana nak jadikan ?? So, pandai - pandai la jawab yek. Tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Kena la tau status sendiri.

SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??

Setia ?? Susah nak cakap. Sebenarnya pendirian seseorang. Tapi, biasanya yang setia nie perempuan. buktinya, bila dah fall in love, sanggup berkorban apa jek *but not me*. Kadang - kadang sanggup buat apa sahaja untuk lelaki tue. Lagi pun, perempuan nie kerja, balik kerja terus jek balik rumah. Tak macam lelaki, lebih terdedah dengan lepak kawan - kawan. Bila kawan - kawan bawak perempuan, mula la nah usha. Mana tak yek, masa ni la nak guna " lelaki boleh kahwin 4 ma ". Isk.. 

Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

cemburu. Of course la. Tapi, mestilah cemburu yang berpada - pada. Dan saya adalah orang yang sangat sporting. Oke jek. Sekali kantoi, jangan harap ok.. Hehehe...

Ok !! Publish !!!

3 comments:

solomolo said...

macam-macam japawan ada...
ser0nok baca...


salam ziarah dari segmen soal hati En Ben...

Unknown said...

lelaki seksi adalah lelaki nerambut sedikit kerinting

Unknown said...

Saya pun tak suka berMADU. Hehe. :)