Followers

Monday, November 28, 2011

KL boring !!

Balik KL merupakan benda paling menyampah . Aduhai .

Apa yang ada kat KL tue ? Semua orang berpusu-pusu nak g sana , da aku . Aku rasa KL merupakan tempat paling boring . Mungkin bukan jiwa aku kot . Dengan kesesakkan , dengan bergaduh sana sini , dengan bising sana sini . Aduhai KL , sangat STRESS .

Bagi aku , kampung lagi tenang . Walaupun orang nak kata aku kolot , apa aku kisah ? Sesapa rasa KL tue best , yang belum rasa . Sila la . Mungkin ada yang kata , KL best . KL macam-macam ada . Kamu rasakan la sendiri . InsyaAllah , kauorang akan dapat rasakan sendiri .

MOOD  : STREESSSSS ! Nak kena balik KL .

Review : Makeup

Makeup merupakan salah satu benda wajib . Ye la , orang datang nak tengok kita kan . Jadi, kena la makeup sikit . Disebabkan aku nie tak ada darah seni untuk makeup , jadi aku terpaksa hire orang untuk menconteng muka aku . Aku ambik makeup dari Butik Pengantin Mahligai Impian . Aku kenal dia dari sorang kawan dia yang menggunakan khitmat dia semasa majlis persandingan dia . Sangat cantik . Jadi, aku beri kepercayaan kat Kak Rose nie untuk menconteng muka aku .

Dua minggu sebelum majlis tunang aku , aku pergi butik Kak Rose .Tapi, masa nie, Kak Rose tak ada . Yang ada Assistant dia , Erma (anak dia) . Butik dia , dekat jek ngan rumah aku . 10 minit dari rumah aku . Setelah bincang tarikh dan harga , aku dengan muka selamba bayar deposit kat erma . Malas nak survey-survey tempat lain .

Aku rasa, aku la customer dia yang banyak cakap dan banyak kerenah . Asyik membebel je kerja aku . Sekejap panggil adik aku , sekejap panggil mak . Tanya ok tak . Nak pakai bul mata palsu tak . Makeup nie ok tak . Macam-macam . Sampai Kak Rose tue penat agaknya tengok kerenah aku .

Ok , jom kita tengok gambar-gambar sebelum dan selepas muka aku dicontengkan .

nie muka aku masa makan . Tanpa secalit bedak . Sibuk pagi-pagi .

semasa Kak Rose Makeupkan . *beratnya mata yek kak*

after makeup *sila abaikan posing maut itu *

Aku sangat-sangat puas hati dengan sentuhan Kak Rose nie . Semua orang cakap cantik dia makeupkan . Sepupu-sepupu aku pun cakap ok . Kawan-kawan aku pun cakap makeup dia ok . Cuma aku rasa terlalu over sebab bulu mata palsu tue . Tapi , Kak Rose cakap , makeup tunang adalah makeup natural . So , nie la paling natural dia buat . Sangat recommend Kak Rose nie . Peramah dan seporting .InsyaAllah , kita berkerjasama lagi ek Kak Rose . 

So, sesiala yang berminat mengunnakan khitmat dia boleh la hubungi dia:-
http://mahligai-impian-sinar.blogspot.com/ . InsyaAllah , anda akan berpuas hati .


Sunday, November 27, 2011

2012 Color Trend Wedding

Dalam masa sebulan lebih sahaja lagi, kita akan ke tahun baru . 2012 . yeah ! tahun baru . dan nak semuanya baru . Sebenarnya tak nak cerita pasal tahun baru , tapi nak cerita pasal warna yang mungkin akan di sukai pada tahun 2012 . Warna-warna yang akan menjadi trend perkahwinan bride to be pada tahun 2012 .

Warna yang di maksudkan adalah warna PASTEL . Apa maksud warna pastel ? Warna pastel adalah warna-warna lembut yang mendamaikan . warna yang sejuk mata memandang . warna-warna suci .

color scheme 2012

Gambar-gambar diatas , merupakan contoh-contoh warna yang mungkin akan  digunakan bride to be pada tahun 2012 . Cuba tengok warna-warna tue , Menenangkan . Mendamaikan . Walaupun warna-warna berikut nampak kusam , tapi bila di kombinasikan dengan warna-warna yang menarik , ia akan jadi sangat de vassss ...

Dress warna-warna pastel 




Cuba tengok kombinasi warna diatas . peach , pink dan gray . Sangat-sangat menarik . Dan Saya amat sukakannya . Sangat mendamaikan . Lagi-lagi kalau buat pelamin ala-ala taman . Fairy Tale . Dengan bunga-bunga yang banyak dan merimbun . oushh . So sweet .


Turquoise dan Orange . Lagi satu kombinasi yang jarang orang buat . Tapi sangat-sangat cantik dan hot . Warna turquoise yang lembut dan mendamaikan . Sejuk jek mata menmandang bila di tambah warna Orange yang hot dan menarik perhatian . Dia kan membuatkan sangat-sangat menarik dan memberi kelainan .
*dah pening nak pilih colur apa*


Teal . Tak tahu na cakap nie warna apa sebenarnay . Lebih kepada hijau . Tapi ada biru . Ntah . Tapi warna nie juga , akan dirasakan akan menjadi trend untuk tahun 2012 ini. Menarikkan . Ditambah dengan warna coklat/brown . So amazing color . i like also .

Jadi , sekarang saya pun dah pening-pening untuk memili warna thema majlis perkahwinan saya nanti . Warna apa yang sesuai yek . *bingung* .So para-para bride to be , pilih la warna yang sesuai untuk majlis kita nanti . Kahwin nie sekali jek , jadi kena la buat pilihan yang tepat ! Semoga berjaya !

Review : My Engagement Ring

Untuk yang pertama, nak review pasal cincin tunang dulu .

Dalam majlis tunang nie, aku dapat dua bentuk cincin sekali gus. Masa keluarga En.F datang bekenalan-kenalan , mereka tak bawa cincin sebab akan bawa cincin risik masa bertunang . Datang nak kenal-kenal je kan .

Cincin risik dan cincin tunang , keluarga En.F yang buat pilihan . Sebelum bertunang tue, aku tak tahu langsung bentuk cincin tue . Merengek jek ngan En.F nak tengok , tapi dia cakap " tinggal berapa hari lagikan . Sabar la " . Terfikir  jugak, macamana bentuk cincin tue, muat ker tidak . Cerewet kan .

Tapi ....... sangat-sangat puas hati ngan pilihan bakal mak mertua saya . Puas hati . Walaupun, bukan cincin yang di idam-idamkan, tapi yang saya dapat nie, sangat puas hati .

Jom tengok gambar cincin risik dan cincin tunang saya . Saya sayang cincin saya .

cincin risik

cincin tunang

Cincin Risik - Emas 916
Cincin Tunang - White Gold

Sepanjang umur saya 24tahun , nie kali pertama saya mempunyai emas sendiri . Selalunya, kalau nak melaram pakai emas . Pinjam emak saya punya . Mak saya adalah peminat emas . Jadi, sekarang saya dah ada emas sendiri . 

P/S : Kumpul la emas, sebab emas boleh buat pelaburan yang baik . Dan, emas akan naik selalu . Dia jarang turun . Jadi, kalau time-time tak de duit, boleh la jual .hahahhaaaa...


Love my task !

Seperti yang aku dah cerita aku dah pun menjadi tunangan orang. Perasaan aku ? Mesti la suka . Happy . Takut . Risau . Macam-macam la bercampur baur. Macam-macam aku fikirkan .

Dan sekarang masa untuk memikirkan persiapan untuk step berikutnya . Suka sangat bila nak buat semua benda-benda nie . Seronok sebenarnya deco-deco nie. Disebabkan aku dah rasa masa majlis pertunangan aku, banyak yang aku fikir-fikirkan . So, aku rasa seronok berfikir untuk menjadikan sesuatu benda tu nampak sangat cantik .

Tapi, kali nie aku sangat-sangat serabut . Sebabnya, aku tak de petunjuk untuk mula yang mana satu . Sapa boleh tolong yek ? Apa yang perlu persiapan-persiapan penting . Aku rasa binggung dengan semua benda . 

Semua nak fikir dalam satu masa . Serabut sangat. Yang mana penting pun dah tak tahu . Oh my checklist . 

Saturday, November 26, 2011

Rasminya Bride to Be JOHOR

Dah dekat 2 bulan majlis petunangan aku, tapi baru sekarang sempat nak updated and review semua hal pasal hantaran .

Fuuhhhh ... gagah untuk updated segala yang jadi masa majlis pertunangan . insyaAllah . Doakan banyak-banyak yek kawan-kawan.

Dan hari ini dengan rasminya, aku akan join BRIDE TO BE . Dan aku akan letakkan logo bride to be johor di banner aku . awww . malu sungguh . 


Monday, November 7, 2011

Tumbesaran Yang Amat Ketara !!

STRESS !! 
 aku makin gemuk !!!!

last sem (2009)

 bulan 5 (2010)

 engagement my BFF ( Januari 2011)

 masa my engagement ( Oktober 2011)

*perut besar macam orang mengandung !
(pic nie baru tadi ! )
( eiwa engagement )

Mula tension ila jadi macam ne ! TIDAK !! tak mahu gemuk !! plss help me !!!!!!!!!!

Sunday, November 6, 2011

Saya Tunang Orang

Yeah !! lama tak updated blog ! seronok sangat ! damn !!!
Lama da tau tak aktif berblog nie. hukhukkk

kembali pada tajuk . yeah ! saya dah jadi tunang orang . sebenarnya dah nak sebulan jadi tunangan orang nie . tapi akibat terlalu rajin meng - hapdated  blog nie . nie la jadi nya . hehhh .

PIC ? hehh . nanti la ek . cerita yang selanjutnya pun nanti la ek .


LOVE IT !!