Makeup merupakan salah satu benda wajib . Ye la , orang datang nak tengok kita kan . Jadi, kena la makeup sikit . Disebabkan aku nie tak ada darah seni untuk makeup , jadi aku terpaksa hire orang untuk menconteng muka aku . Aku ambik makeup dari Butik Pengantin Mahligai Impian . Aku kenal dia dari sorang kawan dia yang menggunakan khitmat dia semasa majlis persandingan dia . Sangat cantik . Jadi, aku beri kepercayaan kat Kak Rose nie untuk menconteng muka aku .
Dua minggu sebelum majlis tunang aku , aku pergi butik Kak Rose .Tapi, masa nie, Kak Rose tak ada . Yang ada Assistant dia , Erma (anak dia) . Butik dia , dekat jek ngan rumah aku . 10 minit dari rumah aku . Setelah bincang tarikh dan harga , aku dengan muka selamba bayar deposit kat erma . Malas nak survey-survey tempat lain .
Aku rasa, aku la customer dia yang banyak cakap dan banyak kerenah . Asyik membebel je kerja aku . Sekejap panggil adik aku , sekejap panggil mak . Tanya ok tak . Nak pakai bul mata palsu tak . Makeup nie ok tak . Macam-macam . Sampai Kak Rose tue penat agaknya tengok kerenah aku .
Ok , jom kita tengok gambar-gambar sebelum dan selepas muka aku dicontengkan .
nie muka aku masa makan . Tanpa secalit bedak . Sibuk pagi-pagi .
semasa Kak Rose Makeupkan . *beratnya mata yek kak*
after makeup *sila abaikan posing maut itu *
Aku sangat-sangat puas hati dengan sentuhan Kak Rose nie . Semua orang cakap cantik dia makeupkan . Sepupu-sepupu aku pun cakap ok . Kawan-kawan aku pun cakap makeup dia ok . Cuma aku rasa terlalu over sebab bulu mata palsu tue . Tapi , Kak Rose cakap , makeup tunang adalah makeup natural . So , nie la paling natural dia buat . Sangat recommend Kak Rose nie . Peramah dan seporting .InsyaAllah , kita berkerjasama lagi ek Kak Rose .
So, sesiala yang berminat mengunnakan khitmat dia boleh la hubungi dia:-
http://mahligai-impian-sinar.blogspot.com/ . InsyaAllah , anda akan berpuas hati .
No comments:
Post a Comment