Followers

Saturday, December 31, 2011

Kenangan Manis 2011

Ok . Kali nie nak share mengenai Kenangan Manis plak . Wah . Tahun nie , macam-macam kenangan manis yang terjadi . Dan semoga tahun 2012 lebih banyak lagi yang terjadi . Amin . Harap-harap macam tue la .

Dan yang paling manis adalah 
-
-
-
-
-
-
Pada 08/010/2011 , saya ditunangkan . Alhamdulillah . Tak sangka pun sebenarnya . Gadu . Baik . Dekat . Jauh . Hilang . Jumpa . Dan finally , ini lah keputusannya . Saya jadi tunang orang . Walapun baru tak samapi 3bulan . Aku happy . Dia mengubah segalanya . Dan aku harap akan berkekalan sampai bila-bila . Amin. Waiting for Big Day ! InsyaAllah . 


Opsss ..:)

Nota Kaki : Banyak kenangan manis aku unuk tahun nie . Dapat pindah HQ . Dapat belajar erti kehidupan di Kuala Lumpur . Adakah 2012 akan lebih baik . Amin ....

Kenangan Pahit 2011 - Fitnah

Hye Dear Reader .

Ok , kali nie nak share sikit Kenangan Pahit aku selama 365 hari dalam tahun 2011 . Puhhhh .....

Sebenarnya , macam-macam yang terjadi dalam tahun 2011 nie . Kenangan Pahit , Kenangan Manis  , Kenangan Terharu . Ada ker ek ?? heheheh .

Pasal kenangan pahit aku tahun 2011 nie, yang aku rasa sangat-sangat pahit adalah Fitnah . Perghh .. Sakit sangat rasanya bila di fitnah . Terasa ditusuk-tusuk dada . Disebabkan fitnah-fitnah ini juga la , aku hampir dibuang kerja . Aku hampir kehilangan ramai kawan-kawan . Aku hampir jadi gila . Tak keruan .

Kenapa dia buat aku macam tue ? Sebabkan dia sangat-sangat cemburu dengan apa yang orang lain ada . Termasuk aku .

Siapa dia ? Bekas Officemate aku . Aku kenalkan dia sebagai Imah . Pada mulanya , kami amat baik . Aku masuk kerja dalam awal tahun 2009 . Selalu breakfast , lunch and makan malam sesama. Disebabkan aku juga merupakan  Housemate dia , jadi kami memang sangat akrab dan baik .


Namun , dengan sikapnya yang sangat takutkan KEHILANGAN . Perangainya serat merta berubah . Menjadi dingin dengan aku dan menjaja cerita macam-macam dekat satu office aku . Aku dipandang serong . Dan hubunga aku dan dia semakin jauh .


Apa yang dia rasakan amat takut untuk HILANG . Semua yek . Dia takut kehilangan kedudukan , Dia takut kehilangan kawan-kawan ,dan yang paling teruk dia takut kehilangan perhatian . Aku bukan mahu memuji diri aku , namun aku dikategorikan mudah bergaul dan peramah. Jadi , aku mudah untuk bergaul dengan sesapa sahaja . Jadi , dia takut kawan-kawan kami yang lain tak mahu kawan lagi dnegan dia . Pelik kan .


Macam-macam dia buat cerita tentang aku , namun yang paling sangat-sangat menguris dan membuatkan aku rasa sedih dan rasa tak mahu balik rumah . Dia menjaja cerita bahawa aku telah membuat SIHIR terhadapnya . Meletakkan barang-barang tak baik dalam biliknya . SubhanAllah . Perkara aku paling tak sangka . Aku sangat tertekan asa tue . Tak tahu nak buat apa . Bila aku tahu , aku cuba mengelak untuk tidak berjumpa dengannya . Jauhkan diri . Itu adalah jalan terbaik . Walaupun aku serumah dengannya , aku cuba elak . Berkurung dalam bilik . Keluar sampai lewat malam . Sebab takut ada lagi cerita-cerita tak baik aku dengar .


Namun , Alhamdulillah semuanya selesai setelah dia quit . Aku bersyukur sangat . Bukan mendoakan yang tak baik untuk dia . Tapi , sekurang-kurangnya aku tak difitnah seperti itu lagi . Lagi pun , tak de la dia dapat dosa buat aku macam tue . Fitnah aku benda-benda yang buruk . Yang tak betul .

Nota Kaki : Orang yang teraniaya doanya selalu dimakbulkan . InsyaAllah .


p/s : Tak perlu la nak ambik perhatian dekat ramai orang . Cuma jadi diri sendiri akan lebih disenangi oleh semua orang . InsyaAllah . Amin




Idea : Candle Centerpieces

Hye dear readers .

Hari Sabtu macam nie , tak tahu nak buat apa . Duk rumah layan facebook dengan amat tenang . Yeah ! 

Ok , kali nie nak share pasal centerpieces . Nak bagi idea . Tapi idea nie , bagi aku sesiapa yang buat kat ballroom or hotel-hotel atau pun tempat yang tertutup . Mesti sangat cantik dan menimbulkan suasana romantik . Sangat sweet OK . Nie sumber ambik dari En.Goggle . Jom tengok gambar . Dan cuba bayangkan . 


Cuba tengok nie ? Amacam . Cantik tak ? Cantikkan. Pas tue , tepi-tepi dia tabur dengan kelopak bunga rose . Sangat sexy ok rasanya . Dan cuba tengok dalam air tue . Ada cecair warna merah . Aku tak tahu apa nama cecair tue , tapi dia semacam minyah . Kan ....



Gambar yang kat atas nie plak . Lilin terapung diatas dan bawahnya adalah bunga . Sangat cantik . Lagi-lagi gambar no 1 tue . Bunga orkid . Creatif !

Dan aku punya centerpieces ? Semestinya bukan semua diatas . Sebabnya , kenduri rumah aku nanti bawah khemah . So , tak sesuai centerpieces ini . Tengah fikir , centerpieces macamana centerpieces aku nanti . Hihihiii . Come tak ek ??

p/s : seronokkan kalau dpaat DIY-DIY nie . Happy jek rasa . awww .. Tak sabarnya . *gatal*


teruja dengan nie ! Bunga orkid terapung-apung . *pengsan*


Friday, December 30, 2011

Thema Solemzination : WhiteTiffany

Hye Dear Reader .

Kali nie , aku nak share pasal warna yang menjadi angan-angan aku jugak . Tapi warna nie , aku macam nak pakai masa Nikah . Sebabnya , baju nikah aku dah ada , salah satu barang hantaran masa tunang hari tue . Tue pun , Mummy en.tunang yang pilihkan untuk kiteorang . Beli sekali untuk belah lelaki . 

Kain tue , warna putih . Tak de bead pun . tapi ada bunga 3D . Nanti buat review pasal kain nikah . Dan , belum terfikir lagi nak buat baju apa . Ok , jadi , sah-sah la theme untuk nikah nanti warna putih kan . Putih tue kan suci . Bersih . Nikah tue kan suci . Ka sepadan . Yek ta ? .

Tapi , disebabkan rasa 'Takkan PUTIH semata"  jadi , aku dengan kegedikkan yek rasa , nak combine kan dengan satu lagi warna . Warna tiffany . Ker turquoise . Ker biru laut . Semua nie , adik beradik jek warnaya . Ak pun tak tahu yang mana . So , bolehlah buat bead-beads colour nie . Kan angat cantik . Menaikkan seri lagi . Betul tak ?? So , jom kita tengok combinasi colour ini . 










So , How Do U Thing ! . Lembut jugakkan warnanya . Yek la kan , nak nikah . Mesti la warna lembut-lembut . Nampak soft jek . Nampak suci jek . Aman Damai . InsyaAllah . Amin .

Nota Kaki : Nie baru berangan-berangan la . belum proceed lagi Hopefully everything ok . Amin .

sedih

EVEVERYTHING GONNA BE OK

INSYAALLAH

Shopping Barang Baby

Hye Dear .

Semalam , aku g jenjalan dengan adik bungsu aku . Makan prosperity and shopping barang sekolah dia . Nak naik sekolah kan , biasa la . Bila cuti , hilang semua stationary . Ntah mana-mana jek . Aku dulu pun macam tue jugak . Asal , permulaan sekolah jek , mesti nak beli stationary baru . Macam semangat lebih jek maa tue kan  bila dapat semuanya baru . Untung budak sekolah . 

Pas tue , aku pegi kedai Dear&Baby . Ala, kedai jual barang-barang bayi tue . Semua ada kat situ . Tejuga gila .  Opss , jalan salah snagka . Aku belum ada baby lagi ok . Aku sebenarnya nak beli omething untuk member aku . Farah . Dia baru jek lahirkan baby girl . Husband dia dah upload picture kat FB . Comel . 

Aku survey-survey la barang baby yang sesuai and on budjet . Aku tengok yang dah siap dia rapping . Mahal gak . Aku fikir-fikir , nak bagi apa ek ? Ok , aku pun tanya salesgirl yang ada kat situ . Mana lagi murah , dah siap balut or aku pick up satu-satu and wrapping . Dia cakap , kalau pickup satu-satu dia akan kira apa yang kita ambil dan wrapping macam hamper adalah percuma . Wah !! Apa lagi , seronok la . So , boleh la budjet-budjet apa yang aku nak beli kan . 

So , dengan itu , aku ngan adik aku apa lagi , feeling-feeling beli barang baby la . Excited gila bila tengok baju-baju baby nie . Sweet jek . Kartun-kartun . Lagi suka bila gurl punya , gaun lagi . Jatuh cinta . Sedangkan aku yang belum berkahwin pun seronok beli barang-barang baby , apatah lagi ibu-ibu dan bapa yang sedang menunggu cahaya mata mereka . Mesti lebih seronok dari itu . 

nota kaki : Bila kita seronok melakukan sesuatu , pasti hasilnya juga berbaloi . Namun , bila kita tidak ikhlas dengan sesuatu , pasti benda yang terjad tidak sempurna .

mood gedik : bila la nak kahwin nie . Tapi , takut nak beranak . Sakit .

Thursday, December 29, 2011

Admire This Theme - PupleYellow

Hye Reader .

What Do U Think ???








See . Sangat-sangat cantik . Admire gile combination colour nie . Hopefully , dapat . Cantik sangat . Argh !!

And last cuba tengok  gambar kek kat bawah nie . *pengsan* . Arghhhh ....


nota kaki : Ya Allah, realisasikan la impian ku ini . Amin ...

Manusia Tidak Sempurna

Hye all ...

Sebenarnya , sekarang nie aku sedang bercuti selama seminggu . Percaya la . Seminggu . So , aku naik keja awal tahun depan . Macam lama jek cutikan . Bila dengar "TAHUN DEPAN" . Hahaaa .

Tadi , aku ada terbaca officemate aku post kat wall dia . Semacam tak puas hati dengan seseorang . Pasal penganiayaan . Bila aku tanya , mereka kata 'RAHSIA'. Whatever la .Adalah tue yang tak puas hati . Ntah apa yang mereka emua tak puas hati pun aku tak tahu la . Mungkin naik kerja nanti aku akan tahu atau tak tahu langsung . 

Dan  apa yang aku nak bagitahu kat sini . Kita nie cuma manusia biasa jek . Tak sesempurna yang kita harapkan . Hanya Allah yang sempurna . Dan, manusia nie juga tak perah puas dengan apa yang mereka miliki . Tak cukup serba serbi . Aku sebagai manusia juga, sama jek apa yang aku alami . tak pernah cukup . Namn, apa-apa yang berlaku , aku bersyukur . Bila aku bersyukur , aku rasa cukup nikmat dan cukup tenang . 
Manusa nie , penuh dengan hasad dengki . Semuanya rasa sempurna bila ada dendam itu terlaksana . Hush ! Kadang-kadang , aku pun tak paham . Kenapa perlu ada dendam. Apa mereka dapat ? Pelik ? Dan aku , InsyaAllah , apa orang buat kat aku , aku tak pernah ada rasa dendam . Walaupun kadang-kadang rasa nak bala apa perbuatan orang , anmun , aku tak sampai hati . Aku tahu . benda tue amat menyakitkan . 

Doa : Ya Allah . Jauhkan la aku dari sifat dendam . sifat-sifat keji ya Allah . Ya Allah , selama aku hidup nie , aku jarang berkongsi apa-apa sahaj dengan orang . Dan aku amat penyimpan . Dan pada Mu , aku meluah . Dan kau sahaja yang sentiasa mengendar . Amin .

p/s : kepada sesiapa yang rasa ada dendam dengan kau , aku minta maaf banyak-banyak . Mungkin aku tak sedar kesalahan aku . Jadi , datanglah jumpa aku dan bagitahu ketidakpuasan hati . Aku mahu minta maaf . Kawan biar beribu , musuh jangan dicari . InsyaAllah , Allah MAha MEngetahui Segala-Nya . Amin.

Wednesday, December 28, 2011

cinta tak semestinya memiliki

Salam Dear Readers .

Cinta tak seharunya memiliki . Betul ker statement tue . Kalau Cinta tak seharusnya memiliki , kenapa perlu bercinta ?

Aku ? Cinta ? Sayang ? Kasih ? Mana satu . Sumpah , aku tak tahu membezakan semua tue . Bagi aku , semuanya sama . Semuanya berkait rapat . Betul tak ? 

Ada orang bercinta bagai nak rak . Bertahun-tahun . Tapi , bila bukan jodoh . Hubungan tue tak kemana pun . Putus ditengah jalan . Aku jugak pernha rasakan mcm tue . Bercinta , nmun tak sampai kemana . Hanya ditengah jalan . 

Jodoh itue ketentuan Allah . Dia Maha Mengetahui . Dan dia mengaturkan segalanya sangat-sangat indah ! Kita manusia , hanya mampu merancang keindahan , namun , susunan-Nya lebih indah . Dan aku , mengimpika segala-galanya . Namun , tak mungkin aku memperoleh segalanya . Kalau aku dapat semuanya , mesti aku riak , dan takbur.

p/s : bagi aku , aku percaya . cinta tak semestinya memiliki . sebabnya, selagi kita hidup dimuka bumi nie . kita mampu merancang . Dia menentukan segalanya . Cinta hakiki adalah untuk-Nya .

Yeah ! Approve

Hye dear ! 

HAPPY !!!! kenapa ?? meroyan dah budak nie .

Sebenarnya , Happy sangat . Sebab Miss Elqays Jannah  baru approve as a BRIDE TO BE 2012 . Yeah!! Lepas nie, borak-borak dan minta pendapat serta tiru-tiru pesiapan mereka . Selain, mendapat semangat dari mereka-meraka yang sangat gigih untuk persiapan . Hopefully . 

HAPPY !!! *joget-jooget atas meja*


Wednesday, December 21, 2011

Bukit Cerakah - Shah Alam

Kali nie , tak mahu review pape pasal kahwin or tunang hari tue . Hari nie nak story pasal BUKIT CERAKAH . Last week jek baru pergi . Hush ! Begitu rupanya suasana Bukit Cerakah . Superb !!!

Aku pergi hari sabtu . Disebabkan plan berdua jek ngan Dyah, so aku Stay rumah dia .  - kat Shah Alam . Pagi-pagi dia kejut aku suruh mandi . nak pergi awal-awal . Kitaorang sampai dalam pukul 8 pagi . Masa tue belum ramai lagi . Sekali nak masuk . Berebut da . Kena beratur . Tapi disebabkan aku excited nak naik basikal . Aku lari laju-laju biar dapat masuk cepat . Sebab kalau lambat, nanti basikal habis . 

Pas dapat absikal, kitaorang round-round la kawasan situ . Aku kali pertama jejak kaki kat sini . So tak tahu sangat jalan-jalan . Tapi my Bff nie, dia dah selalu pergi . So , dia tahu banyak . Tapi tak perlu risau , kat situ ada peta . Tak sesat punya la . Hehehe ...

Ok . Jom, nak tepek gambar masa kitaorang round-round Bukit Cerakah .





Penat kot naik basikal nie . hush ! Kawasan Bukit Cerakah nie berbukit-bukit . Naik turun . Pergh .. time naik . Tak larat rasanya . Masa mula-mula memang banyak sangat jalan mendaki . rasa tak mo dah kayuh basikal . PENAT !! .












Banyak tempat-tempat menarik . Gambar-gambar kat atas nie . masa kat tempat memancing . Kitaorang tengok-tengok jek . Tak de la memancing . Hehhh . Tapi ikan-ikan kat sini santek-santek .

Paling aku paling suka . G rumah 4 musim . Sekarang musim winter . Kagum jugak aku . Yek la . Dia boleh buat kawasan tue jadi macam kat negara yang ada 4 musim . Sejuk sangat masuk situe . Teruja . Best !! Main  salji . woowww ...































Seronok sangat g sini . Korang kalau rasa nak lapangkan minda . tengok tumbuh-tumbahan . sambil excesice boleh datang sini . Seronok . Lagi-lagi pergi ngan kawan-kawan . SUPERB . Try la ...


Tuesday, December 20, 2011

Review : Cincin Risik dan Cincin Tunang

Updated entry laju-laju .

Adat negeri Johor , kebiasaan pihak perempuan akan terima 2 bentuk cincin . Cincin risik dan cincin tunang . Untung yek perempuan . kan . kan . kan .... Kebiasaannya , cincin risik adalah cincin belah rotan dan cincin tunang ada batu permata . Jadi , dapat la bezakan mana cincin risik . mana cincin tunang .

Bab pemilihan cincin, aku memang tak ambik tahu langsung . Sebab mummy En. Tunang , yang nak beli . So, terima jek pemilihan orang tua . Lagi berkat kan . En. Tunang pun tak ambik port . Mummy dia nak sponser , so dia apa lagi . Happy gila la . Save budjet . Hehhh

cincin risik

Cincin risik aku , cincin belah rotan . Tapi ada juga emas putih sikit untuk naikkan seri dia kot . Nie pun FMIL aku yang pilih . Suka tengok design dia . Simple jek . 

cincin tunang

Cincin tunang aku, cincin emas putih . Sangat teruja bila tengok masa mula-mula nak sarung tue . Tak sangka betul-betul FMIL nak belikan . Aku ada cakap ngan En. Tunang , nak emas putih untuk cincin tunang . Sebab nampak exslusive . Tapi , dia cakap mahal . Tak sangka FMIL belikan emas putih . Teruja sangat . Nie pun pilihan FMIL . 

Emas nie , susah nak jangka bila dia nak turun . Bila dia nak naik . Nasib baik sebelum majlis hari tue , emas turun banyak gak . So , alhamdulillah . Kalau tak kesian mummy . Opppsss ... :-P

* Sebenarnya , aku salah sorang yang tak minat pada emas . Dan , aku tak suka pada emas . Even sekarang , aku jarang sangat pakai cincin risik mahupun tunang . Sebab , aku tahu dia mahal . so aku nie sangat careless . Takut hilang . Korang rasa aku jahat tak ? hehhh  :-P .


Monday, December 19, 2011

Review : Hand Bouquet

Lama dah tak updated . isk . tak gagah betul nak menupdated *_*

Kali nie nak story pasal HAND BOUQUET (HB) . HB merupakan benda yang paling penting jugak la dalam majlis pertunangan mahupun perkahwinan . Sweet sangat rasa . * gedik*

Ok , masa majlis pertunangan aku hari tue , HB aku adalah bunga ROSE  . Fresh Flower . kenapa aku pilih Fresh Flower ? Sebab aku rasa , bunga tue sangat santik dan nampak berseri .

HB aku menggunakan 13 kuntum bunga Rose merah dan sedikit baby breath . Sangat teruja masa adik aku nak sponser HB . Melompat-lompat kesukaan . Kakak sorang kan . setakat HB , apa sangat . Hahaha . Sayang ko !

Kenapa aku ambik warna merah ? Sebabnya , aku rasa merah nie menaikkan seri segala2 yek . Ye la , baju dah peach , takkan nak HB warna peach gak . So nak menampakkan kelainan , aku ambik warna merah .
HB nie juga , last minute aku buat sebelum majlis . disebabkan pakai Fresh Flower , tak leh awal2 . Nanti layu ditasik madu . Sian amoi kedai tue sebab dah nak tutup kedai kiteorg sampai . Sorry la amoi , tapi rezeki lu ma . J . Teruja masa tgk dia design . sekejap jek dah siap . Yeah !!!

Jom . Tgk sikit pic2 HB aku masa majlis tuning hari tue .

 nie la HB saya

 si SPONSER *my lovely little Bro EVER*

 * with me engagement ring*

 *me with HB*

 So sweet . sopan jek .

with my BFF and my little sis

See . HB nie memang memainkan peranan yang penting . Mana taknya , dialah peneman kita masa kita ketakutan dengar mereka bincang-bincang . Dan peneman kita sepanjang majlis berlangsung . Dia la yang kita pegang jek . 

* tengah fikir . HB apa yang sesuai untuk nikah dan sanding nanti . Sekarang lagi macam-macam jenis HB . *pening !

Monday, November 28, 2011

KL boring !!

Balik KL merupakan benda paling menyampah . Aduhai .

Apa yang ada kat KL tue ? Semua orang berpusu-pusu nak g sana , da aku . Aku rasa KL merupakan tempat paling boring . Mungkin bukan jiwa aku kot . Dengan kesesakkan , dengan bergaduh sana sini , dengan bising sana sini . Aduhai KL , sangat STRESS .

Bagi aku , kampung lagi tenang . Walaupun orang nak kata aku kolot , apa aku kisah ? Sesapa rasa KL tue best , yang belum rasa . Sila la . Mungkin ada yang kata , KL best . KL macam-macam ada . Kamu rasakan la sendiri . InsyaAllah , kauorang akan dapat rasakan sendiri .

MOOD  : STREESSSSS ! Nak kena balik KL .

Review : Makeup

Makeup merupakan salah satu benda wajib . Ye la , orang datang nak tengok kita kan . Jadi, kena la makeup sikit . Disebabkan aku nie tak ada darah seni untuk makeup , jadi aku terpaksa hire orang untuk menconteng muka aku . Aku ambik makeup dari Butik Pengantin Mahligai Impian . Aku kenal dia dari sorang kawan dia yang menggunakan khitmat dia semasa majlis persandingan dia . Sangat cantik . Jadi, aku beri kepercayaan kat Kak Rose nie untuk menconteng muka aku .

Dua minggu sebelum majlis tunang aku , aku pergi butik Kak Rose .Tapi, masa nie, Kak Rose tak ada . Yang ada Assistant dia , Erma (anak dia) . Butik dia , dekat jek ngan rumah aku . 10 minit dari rumah aku . Setelah bincang tarikh dan harga , aku dengan muka selamba bayar deposit kat erma . Malas nak survey-survey tempat lain .

Aku rasa, aku la customer dia yang banyak cakap dan banyak kerenah . Asyik membebel je kerja aku . Sekejap panggil adik aku , sekejap panggil mak . Tanya ok tak . Nak pakai bul mata palsu tak . Makeup nie ok tak . Macam-macam . Sampai Kak Rose tue penat agaknya tengok kerenah aku .

Ok , jom kita tengok gambar-gambar sebelum dan selepas muka aku dicontengkan .

nie muka aku masa makan . Tanpa secalit bedak . Sibuk pagi-pagi .

semasa Kak Rose Makeupkan . *beratnya mata yek kak*

after makeup *sila abaikan posing maut itu *

Aku sangat-sangat puas hati dengan sentuhan Kak Rose nie . Semua orang cakap cantik dia makeupkan . Sepupu-sepupu aku pun cakap ok . Kawan-kawan aku pun cakap makeup dia ok . Cuma aku rasa terlalu over sebab bulu mata palsu tue . Tapi , Kak Rose cakap , makeup tunang adalah makeup natural . So , nie la paling natural dia buat . Sangat recommend Kak Rose nie . Peramah dan seporting .InsyaAllah , kita berkerjasama lagi ek Kak Rose . 

So, sesiala yang berminat mengunnakan khitmat dia boleh la hubungi dia:-
http://mahligai-impian-sinar.blogspot.com/ . InsyaAllah , anda akan berpuas hati .