Followers

Saturday, December 31, 2011

Kenangan Pahit 2011 - Fitnah

Hye Dear Reader .

Ok , kali nie nak share sikit Kenangan Pahit aku selama 365 hari dalam tahun 2011 . Puhhhh .....

Sebenarnya , macam-macam yang terjadi dalam tahun 2011 nie . Kenangan Pahit , Kenangan Manis  , Kenangan Terharu . Ada ker ek ?? heheheh .

Pasal kenangan pahit aku tahun 2011 nie, yang aku rasa sangat-sangat pahit adalah Fitnah . Perghh .. Sakit sangat rasanya bila di fitnah . Terasa ditusuk-tusuk dada . Disebabkan fitnah-fitnah ini juga la , aku hampir dibuang kerja . Aku hampir kehilangan ramai kawan-kawan . Aku hampir jadi gila . Tak keruan .

Kenapa dia buat aku macam tue ? Sebabkan dia sangat-sangat cemburu dengan apa yang orang lain ada . Termasuk aku .

Siapa dia ? Bekas Officemate aku . Aku kenalkan dia sebagai Imah . Pada mulanya , kami amat baik . Aku masuk kerja dalam awal tahun 2009 . Selalu breakfast , lunch and makan malam sesama. Disebabkan aku juga merupakan  Housemate dia , jadi kami memang sangat akrab dan baik .


Namun , dengan sikapnya yang sangat takutkan KEHILANGAN . Perangainya serat merta berubah . Menjadi dingin dengan aku dan menjaja cerita macam-macam dekat satu office aku . Aku dipandang serong . Dan hubunga aku dan dia semakin jauh .


Apa yang dia rasakan amat takut untuk HILANG . Semua yek . Dia takut kehilangan kedudukan , Dia takut kehilangan kawan-kawan ,dan yang paling teruk dia takut kehilangan perhatian . Aku bukan mahu memuji diri aku , namun aku dikategorikan mudah bergaul dan peramah. Jadi , aku mudah untuk bergaul dengan sesapa sahaja . Jadi , dia takut kawan-kawan kami yang lain tak mahu kawan lagi dnegan dia . Pelik kan .


Macam-macam dia buat cerita tentang aku , namun yang paling sangat-sangat menguris dan membuatkan aku rasa sedih dan rasa tak mahu balik rumah . Dia menjaja cerita bahawa aku telah membuat SIHIR terhadapnya . Meletakkan barang-barang tak baik dalam biliknya . SubhanAllah . Perkara aku paling tak sangka . Aku sangat tertekan asa tue . Tak tahu nak buat apa . Bila aku tahu , aku cuba mengelak untuk tidak berjumpa dengannya . Jauhkan diri . Itu adalah jalan terbaik . Walaupun aku serumah dengannya , aku cuba elak . Berkurung dalam bilik . Keluar sampai lewat malam . Sebab takut ada lagi cerita-cerita tak baik aku dengar .


Namun , Alhamdulillah semuanya selesai setelah dia quit . Aku bersyukur sangat . Bukan mendoakan yang tak baik untuk dia . Tapi , sekurang-kurangnya aku tak difitnah seperti itu lagi . Lagi pun , tak de la dia dapat dosa buat aku macam tue . Fitnah aku benda-benda yang buruk . Yang tak betul .

Nota Kaki : Orang yang teraniaya doanya selalu dimakbulkan . InsyaAllah .


p/s : Tak perlu la nak ambik perhatian dekat ramai orang . Cuma jadi diri sendiri akan lebih disenangi oleh semua orang . InsyaAllah . Amin




No comments: