Followers

Thursday, March 31, 2011

Hari yang SANGAT PENAT !!!

Kalau lah boleh boldkan tajuk entry nie, dah aku bold kan. Hush...

Hari nie, hari yang sangat memenatkan aku. Sangat penat !!! Hari ni Jurutera Perunding aku, Laras Architect datang. Adalah arkitek-arkitek dieorang yang datang untuk buat pemeriksaan. Projek dah nak serah, jadi mereka kena la buat pemeriksaan untuk keluarkan Certificated kan. Dan, aku nie sebagai Penyelia tapak atau lebih di kenali sebagai Site Supervisor, terpaksa la aku entertain mereka-mereka. Penat sangat-sangat. Ikut jek dieorang nie. 

Inspection nie, terbahagi dua kumpulan. Aku ikut kumpulan perempuan. Korang tahu la kalau perempuan nie, CEREWET sikit. Sedang kan Resedient Arkitek aku yang lelaki pun CEREWET, ni lagi la perempuan. Macam-macam la dia complain. Aku sebagai contractor, tak leh la nak cakap apa kan, cuma akdan-kadang kalau dah terlalu cerewet tue, aku menyampuk-nyampuk juga. Dengan pandangan-pandangan aku, rasa yek, mereka boleh terima. Jadi kontraktor ni, mulut kena manis.

Betul-betul sangat penat, sampai aku rasa masa lunch tadi aku tak nak masuk office semula sebab terlalu penat. Mana taknya, kena masuk satu-satu rumah. Kalau 2 3 biji rumah ok juga. Nie 300 biji rumah. Mana yek aku tak pengsan kejung semua ada kat situ. Penat gila. Dengan kena komen macam-macam lagi, bertambah-tambah sakit hati. Dengan panas yek kat JOHOR nie. Lagi la membuatkan aku rasa nak berangin jek. Kesian pekerja-pekerja aku kena marah jek ngan aku atdi. Sorry kakak, sorry ama.

Nie, dah nak closing untuk hari nie. Esok apa plak berlaku?? Harap-harap semua nya adalah yang terbaik jek yang terjadi. Amin. Malam nie kena stay lagi sampai pukul 10 malam. "SAYA BUKAN KUAT KERJA, TAPI SAYA TERPAKSA KERJA!!".. Bila la nak dapat rehat lama-lama. Gaji jalan nie kan. Best ooo... PEANAT SANGAT HARI NIE.

Korang-korang, walaupun benda nie memmalukan diri sendiri, tapi aku nak cakap juga sebab nak membuktikan aku terlalu penat. KENAPA ?? Korang tau, lunch tadi aku dapat tidur sekejap, dan aku tidur tue, sampai aku ngences. tau apa itu ngences ?? ala, ngences ni adalah, bila kita tidur mengeluarkan air liur. Dan ia akan jadi air liur basi. Penat snagat. Sampai tengahari pun pun macam tue. Malu jek kan.. 

Babai March, Welcome April

Morning !!!

Hari nie, hari terakhir dalam bulan Marrch. Weee... Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Babai March, Welcome April. Semoga April nie memberikan seribu kebahagian dalam hidup aku dan semoga rezeki aku melimpah ruah. Amin.

Sebenarnya, tak sabar nak tunggu April. WHY?? because, April my Birthday. Seronoknya. Tapi yang tak seronoknya, umur ku semakin meningkat bila tibanya April. Never mind la, Umur hanya angka tapi jiwa, muka masih remaja lagi.

Wish me for April :-
  • Nak kereta dan lesen yang dah lama aku ambik tak habis-habis
  • Nak lelaki yang boleh jadi suami aku *gatal !!!
  • Nak kerja baru dan environment baru. (important)
  • Nak duduk rumah rehat lelama.
  • Dapat jumpa my all BFF
Apa lagi ek, banyak sebenarnya impian aku. Tapi ntah achieve ntah tak. Semoga impian aku tercapai untuk April yang penuh makna. Amin.

pssstttt , korang-korang, doakan aku ek dapat capai impian aku tue ek. Amin. Tak semua, 2/3 dari impian aku tue pun oke la. Thank'z ek..

Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG


JOM DECO DECO BENG BENG BOONG !!!

sama-sama me-deco blog bersama ABANG BEN..


Sunday, March 27, 2011

Lelaki OH Lelaki !!!

HUSHH !! Kenapa la lelaki nie kadang-kadang susah nak paham *walaupun tak semua lelaki. Tapi, aku jadi rimas la. Entry yang ini dan yang ini membuatkan hidup aku kucar kacir sangat. Aku rimas. Sampai aku sendiri dah tak tahu nak cakap macamana lagi !! Tension sangat !!!

Korang bayangkan la, pagi petang siang malam asyik call aku jek. Nak cakap ngan aku. Hari nie weekend kot, aku nak la jugak amcam orang-orang lain. Bangun lambat, tidur sampai tak ingat hari. Tapi nie tak, pagi-pagi dah ganggu mood tidur aku. yang aku bengang sangat, manusia nie adalah manusia yang tak paham bahasa. Kenapa aku cakap ia tak paham bahasa ?? yek la mana tak yek aku cakap punya baik dah, 

me :  saya nak tidur, nanti saya bangun saya call awak 
lelaki gila : ala, kejap la. Rindu nie
me : ala, nak tidur la...
lelaki gila : kejap la... semalam tak dapat berbual ngan awak
me : *damn much !!!!

Aku benci lelaki yang tak paham bahasa sangat ni. Tak hormat langsung privasi aku. lagi pun dia nie dah berkahwin !! Kenapa perlu buat perangai macam tue !! Kalau dia nie single mingle aku tak berapa nak kisah. Isk,, buat aku tertekan sangat.

Bila aku tak on facebook, dia call aku banyak-banyak kali. Tanya aku tak online ker ?? Ya Allah. Takkan la aku nak layan dia 24hours. PLEASE !!! Kau dah Kahwin !!! Takkan la aku nak layan ko jek. Cam ne aku nak buat ek ?? Aku dah buntu sangat. Aku memerlukan kekuatan sangat sekarang ni. Aku tak nak dia ganggu hidup aku lagi. Sedih yek !!! Apa aku nak buat !!!

Kepada kamu : Kamu dah kahwin. Ada anak. Kalau kamu sentiasa komtmen dengan saya, awak akan abaikan keluarga awak. Saya tak nak jadiorang ketiga dalam hubungan awak. Awak sedar la oke. Saya tak mau kamu. Tolong la awak. Saya tak mau stress dan hilang komitmen saya. Kita sama-ama jauh ek. Saya minta sangat macam tue !!


Friday, March 25, 2011

Entry Berterabur Sama Seperti Perasaan ku Jugak !!!

Hye korang-kornag yang sudi baca blog aku nie. Sekarang ni aku masih di pejabat ?? Terkejut ?? Dah pukul berapa masih di pejabat ?? Tue la hakikatnya. Aku amsih dipejabat untuk menyiapkan kerja-kerja yang banyak tertangguh. Dan aku buat semua nie dengan rasa tenang dan cool jek.

Sebenarnya, tugas aku kat tapak bina, tapi disebabkan hujan. Aku pun tak leh nak pergi sana nak tengok budak-budak buat ekrja. Standing supervision la kononnya. Hampeh !! 

Apa perasaan aku ?? Happy ??? Sejujurnya, TIDAK !!! Aku tak suka la ekrja sampai lewat malam. Tadi nie aku tak balik lagi dari pagi. Rimas gila badan. Aku tak suka kerja sampai lewat malam nie. Ada sesetangah orang suka sebab boleh dapat income lebih. But for me, tak suka la. Muka dah ebrminya. Dah boleh buat goreng ikan. Huwawaaa... mau balik sekarang !!!!

Psst :: cerita terabur, ekrana perasaan bercampur baur !! OMG !!! apa nak jadi la ngan aku nie.. !!!

Thursday, March 24, 2011

GAME ANTARA BLOGGER : 2

Trauma - Meroyan - Santau - Be Careful

Entry semalam, adalah entry aku yang aku rasa sangat tragis. Sedih, Takut, Fobia, semua la yang buruk-buruk ada kat fikiran aku ni. Ye, sangat takut dengan apa yang berlaku.

Pagi-pagi rutin harian aku, adalah bukak FACEBOOK, sebelum memulakan semua kerja-kerja aku. Sekali lagi aku mengucap panjang. Dia post  kat wall aku. Mengucap panjang yang sangat-sangat panjang sampai aku sendiri tak tahu apa. Apa motif dia ?? Saje-saje atau pun memang betul dia nie gila meroyan.


meroyan tak tentu pasal kat wall aku. Belum lagi kat aku punya inbox facebook. Apa yang dia nak tue. Dia ada anak bini kot. Takkan la nak rosakkan hubungan rumahtangga dia sebab aku. Bodoh punya jantan. geram plak aku rasakan. Aku dah tak tau apa yang dia nak.

Terus terang, apa yang jadi nie, aku terus jadi trauma dengan semua lelaki. Ntah la ek. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi cam tue. Bukan kata dengan orang, nak keluar pergi amna-mana pun aku tak pegi. Dengar bunyi message amsuk jek aku dah berdebar. bukan tue jek, bunyi cicak pun aku dah rasa berdebar macam nak jatuh jantung ni.

Lagi teruk, dia cakap dia nak santau aku sampai aku ni cari dia. Isk, aku rasa apa benda nie. Kata sayang, takkan nak buat cam tue. Aku takut sangat. Kalau pape jadi kat aku. Macamana boleh jadi bebanan nie sebesar nie. Sampai nak buat kerja-kerja syirik nie. Takut sangat bila dia ckp ngan aku cam tue. Tapi, betul ker dia nak buat cam tue or dia cuma nak takut-takutkan aku jek. GILA !!!

Semalam, aku pujuk dia supaya dia balik dan pujuk wife dia balik kepangkuan dia. Aku cakap ngan dia baik-baik supaya dia tak melenting. Alhamdulillah, dia ikut cakap aku. Aku harap, dia berbaik dengan anak bini dia. Jadi, aku boleh la pergi jauh-jauh dari hidup dia lepas nie. Semoga urusan nie dipermudahkan.

Ya Allah, ko perlihara la aku. Lindungi aku semoga aku dapat mengharungi semua nie dengan tabah dan kuat semangat. Aku cuba yang terbaik untuk kehidupan aku selepas ini. Aku jugak berharap, semoga selepas nie tiada apa-apa yang teruk berlaku lagi dalam hidup aku. Amin..

Rambut sama hitam, hati lain-lain. kita sendiri tak tahu apa yanga da kat hati orang. Setenang air dimuka, tidak tahu hati yang bergelora. Semoga selepas nie, aku jadi lebih matang dan sangat matang untuk aku teruskan hidup dimuka bumi nie. Wiss me ....

Wednesday, March 23, 2011

Kena Serang Dengan Wife Orang !!! Gila !!

Mengucap panjang aku malam tadi. Aku terima panggilan pukul 2.30 pagi dari isteri orang. Apa semua nie?? Apa yang jadi sebenarnya.

Hari ini dapam sejarah, aku kena "sound" ngan wife orang. Ha?? Kenapa??Sebab aku akwan dengan husband dia la. Apa lagi.

Sumpah dengan Nama Allah, aku tak tahu pun yang dia dah beristeri. Kenapa la aku tak tahu langsung. Aku tak perasan yang dia tue dah beristeri. Dia layan aku, macam dia nie belumada ikatan suami isteri. Hari-hari call aku, message aku. Risaukan aku bagai nak rak. Kalau aku tak pick up phone semua dia bising. Dia seolah-olah tak ada bini. Pandai betul berlakon. Beratnya ujian-Mu ya Allah.

Aku adalah wanita yang mennetang poligami nie. Entry aku sebelum nie pun aku ada cakap. Tapi, bila kena batang hidung sendiri. Ambik kau, terduduk kat situ jugak!! Sangat-sangat tak sangka sebab boleh kena kat batang hidung lagi. Tue la, menentang habis-habisan lagi, kan dah kena.

MY STORY

aku kenalkan dia dengan pejal. Aku kenal dia nie baru jek 4hari. Hari Sabtu lepas. Aku kenal dia masa aku ada test motor dalaman (QTI). Ntah cam ne ntah aku leh kenal. Aku nie pun sengal jugak. Stupid. Belajar jek tinggi-tingi tapi tak boleh nak fikir. Dia minta nombor telefon aku masa kat park motor. Aku pun dengan rela hati aku bagi dia. Lepas dapat tue, dia terus jek message aku. Aku kat office pun dia call-cal aku banyak kali.

Malam, dia nak jumpa aku. Aku ok jek sebab yek la, sebab sebelum tue aku ada tanya, GF dia tak marah ker. Dia cakap "kawan ramai ler, tapi belum betul-betul serius". Bodoh yek aku !!! Percaya kan!! Tiap-tiap malam mesti aku jumpa dia. Kalau sekejap tue aku tak kisah. Nie sampai 2 3 pagi duduk depan rumah berbual. Kalau korang ?? Rasa-rasanya percaya tak dia ada wife kalau dah duduk dengan korang kat depan rumah sampai tengah malam.

Tapi, pagi tadi aku dapat call. Suara perempuan :

Gurl : boleh cakap ngan ila
aku : yek saya. Kenapa ??
Gurl : ni wife pejal
aku : *blur.. damn much

Aku sampai sekarang rasa trauma. Sangat-sangat trauma. Sakit sangat hati nie. Kenapa la sampai macma tue kan. Tergamaknya, tipu dan buat aku macam nie. Apa sebenarnya adegan. Apa sebenarnya motif ?? Aku pun naik tak paham. Aku ker yang salah ?? Kenapa aku tak sedar ?? Kenapa aku tak perasan semua nie ?? Astrafirullahalazim. Mengucap panjang aku dengan semua ni. Kenapa semua nie jadi dekat aku. Tak abis lagi mengigil-gigil nie.


Wake up ila.. Must be strong. Aku betul-betul buntu.
Siap nak cerai bagai sebab aku. OMG !! cam ne la aku nak hadapi nie semua. Aku dah tak tahu nak cakap cam ne. Buntu sangat-sangat sampai aku tak leh nak buat apa-apa. Sebab aku, dieorang nak cerai. Berdosanya aku. 


Ya Allah.. Ko perlihakan la hubungan mereka. Tetapkan la hati mereka. Bukak la hati mereka untuk bersatu kembali. Aku berjanji, aku tidak akan ganggu hubungan meeka lagi. Aku tak mahu jadi PENGHALANG reationship mereka. Amin, Semoga Allah Mempermudahkan Urusan aku dan Keluarga Mereka... Amin


P/S ikhlas : Kalau nak kawan dengans eseorang tue, selidik lah asal usul dulu sebelum buat keputusan. Bila kita dah buat keputusan kita tak boleh berpatah balik. Dan yang akan rugi adalah kita. Fikirlah diri sendiri dulu sebelum diri orang lain.

Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK


Saya join ek Abang Ben..
Selalu join segmen abang ben..
kadang-kadang sampai malu... =)


KENAPA ANDA BENCI ROKOK ?
  • sebab bau dia sangat busuk
  • boleh buat orang sesak nafas dan sakit kepala
  • asap rokok membuatkan orang yang menghidu nie lebih teruk kena penyakit
  • berbahayakan kesihatan
  • membazir duit jek, baik simpan buat makan mcD or KFC or sushi.. nyum..nyummm
  • mencemarkan udara dan persekitaran dengan asap rokok
  • buat malaysia jadi kotor sebab putung-putung rokok yang banyak
Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok

  • buat yang dah kahwin : hisap la rokok banyak-banyak lagi, supaya nanti kamu cepat-cepat 'goal', dan isteri kamu boleh cepat-cepat dapat penganti yang lebih macho. Masa tue, korang tengok jek la dari alam lain. Fikir-fikir la rumahtangga tue. Yang ada anak-anak, mereka nie cepat belajar, kang ada yang umur6 tahun dha pandai merokok sebab belajar
  • buat yang belum berumahtangga : korang hisap la rokok tue banyak-banyak, supaya nanti korang tak 'goal' awal-awal tak dapat rasa alam perkahwinan. kang menyesal. Rokok tue, membazir dan kotor. Jangan kotor kan diri sendiri dengan brnda tak berfaedah. Lagi pun, rokok mahal ma. baik simpan buat kahwin.
  • yang bakal merokok : udah-udah la tue, membazir duit jek beli rokok tue. sangat membazir. Kalau g kedai tue, dah macam sistem barter dah. Kalau dulu, ko ada lembu, aku ada ayam, oke, deal. Tukar. Sekarang, aku ada RM10 ko ada rokok, oke tukar. Sama jek.
 Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini
  • pendapat ?? rasa macam mereka nie kotor. Sebab orang yang merokok nie badan dia bau rokok. Rokok bau yek snagat busuk. Isk, buat orang pening lalat jek bila bau mereka nie. Isk2. bawak-bawak la berhenti. 


Rindu kamu !!!

Kamu !!!
Saya rindu kamu !!!
rindu sangat sama kamu !!!
kenapa kita jauh ???
jarang dapat tengok kamu !!
kamu ego sangat buat saya macam nie !!!
saya rindu kamooo !!!
yup, saya ngaku,
i'm falling in love with YOU !!!

in relationship dan nafsu

Hush !! Lama betul tak updated blog... Rindu tak ?? Kekangan masa yang sangat terhad sgt sekarang nie membuatkan aku susah nak updated blog. Yeah!!! Hari nak memperuntukkan sedikit masa untuk updated.

Oke, story sikit pasal in relationship. Patut ker kalau kita sayang orang tue, kita perlu serahkan jiwa dan raga kita untuk dia ??

Boy : Kalau U sayang i, apa buktinya ??
Gurl : Apa sahaja untuk U..

Kenapa kalau bila couple ataupun declare dengan seseorang, "sesuatu" tue yang perlu dilakukan ?? Bukan ker tue, Hukumnya Dosa Besar ?? Berzina ?? Kalau dah buat benda nie bukan masuk neraka ker kalau kita tak bertaubat ??

Kenapa perlu ada macam nie sekarang?? Nafsu ?? Apa ertinya bercinta kerana nafsu ??

Boy : I buat semua nie, supaya u tak pergi mengatal ngan lelaki lain, U akan ingat I jek
Gurl : Untuk U, I rela ...

Biasanya, alasan macam nie yang mereka bagi. Seolah-olah bila dah "terlanjur" tue, dapat merapatkan lagi hubungan yang sediada. Sesama tak cari atau curang kepada pasangan. Tapi perlu ker ?? Kenapa boleh jadi macam nie?? OMG, it's really crazy !!!

Zaman sekarang, semua nie jadi biasa jek. Sana sini bersepah couple-couple yang macam nie. susah untuk cari Teruna mahupun Dara. Kalau lelaki, mereka apa kisah ??? Kalau dah clash, boleh cari perempuan lain. Mereka tak luak sedikit pun. Cuba kalau perempuan, ada ker lelaki lain yang boleh terima kita seadanya. Keadaan kita yang macam tue. Sekarang nie, yang in relationship ni, hidup dah macam suami isteri jek. Ada yang duduk serumah. Kalau dah sayang, kenapa tak pinang jek kekasih hati tue?? Tak cukup duit nak kahwin ?? Dah tu, korang buat macam tue ?? tak takut dosa ?? Dari membazir tenaga , masa, duit, baik  simpan semua tuee buat majlis nikah esok-esok.

Penagih dadah pun kalau nak isteri, nak pilih yang solehah. Lagikan lelaki yang normal. Nak yang terbaik untuk diri sendiri dan masa depan.



Friday, March 18, 2011

Rezeki Hari Jumaat

Alhamdulullah.. Rezeki aku hari Jumaat berganda-ganda hari nie.

Syukur pada-Mu Ya Allah. Amat-amat bersyukur sangat-sangat. Panjatkan segala kesyukuran kepada-MU

Seronok sangat-sangat sebab rasa macam tak percaya. Dari pagi sampai la ke tengahari nie. Alhamdulillah. Rezeki aku semakin bertambah-tambah. Semoga rezeki yang Allah berikan melimpah ruah.. Amin ya Raballalamin.

Kenapa aku happy sangat dan sangat-sangat bersyukur. Ada 3 perkara yang buat aku berlonjak kegembiraan.

1. Pagi-pagi aku tengok CIK NUFFNANG, BE aku yang ke-enam muncul. Ya Allah, bersyukur gila. Walapun tak banyak, tapi aku amat-amat bersyukur. Orang kata, dari sikit la jadi bukit kan. Jadi, dari sikit tue la aku aku nak kumpul jadi bukit. Pape pun Thank'z cik nuffnang.

2. Aku dapat panggilan interview. Happy gila aku, sebab lama sangat aku tunggu mana-mana compny yang memerlukan khidmat aku. Entry-entry sebelum nie pun tau kan yang aku sakit sangat kerja kat sini. Sampai bila nak tahan kan. Alhamdulilah. Tapi, nie pun aku tak tau nak pergi ker tidak.

3. Aku dapat offer kerja kat KL. Mean, kerja dengan compony yang sama tapi dengan position yang berlainan. Di Head Quarters aku di KL. Ya Allah. Rezeki- MU melimpah ruah hari nie. Aku cakap, aku oke jek tapi kena revised gaji aku la. Sebab duk Kl kan, ngan position aku yang abru. So, kena la smua yek baru.. Alahamdulillah. Amin.

Oke, panjang dah aku cerita nie. Tapi, syukur aku tak abis lagi. Hari nie, macam-macam jadi. Betul kata orang, "Orang yang SABAR, pasti dapat Ganjarannya". Sabar dan bersabar. InsyaAllah pasti ada yang terbaik.

Syukur pada-Mu Ya Allah.. Dengan Nikmat dan apa yang KAU beri untuk aku hari ini. Amin. Semoga rezeki aku berpanjangan. AMIN.

Jangan Pernah Berubah

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan



Reff:[*]

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan



[**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Back to Reff:[*] , [**]



Jangan pernah kau coba untuk berubah

Ku relakan yang indah dalam hatinya




Poligami ?? Perempuan macamana plak ?? Boleh ker ??

Poligami bermaksud lelaki boleh Berkahwin Lebih Dari Satu.

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)

Wah, pagi-pagi aku dah up entry nie. Amacam ?? 

Aku nak share sesuatu pasal poligami nie. Ok, malam tadi 17/03/2011 ada sorang kawan aku ni diijabkabulkan. Wah, seronok ek korang dengar pasal kahwin-kahwin nie. Tapi, nie bukan pernikahan dia yang pertama. Tapi kedua. Erk.. yup, dia kahwin lain. Kalau korang tengok office aku semalam, confirm rasa ni pernikahan pertama dia. Sebab sangat meriah !! Siap bukak lagu kuat-kuat lagu SELAMAT PENGANTIN BARU.

Dia minta izin kat isteri pertama tak ?? Dia adil tak ?? Anak-anak dia macamana ?? Apa jadi lepas tue ?? MAcam-macam dalam kepala otak aku sebelum ni. Lepas aku dapat tahu, amcam-macam aku fikir pasal poligami nie. Macamana la kan dengan isteri pertama dia. Boleh ker terima ?? Ikhlas ker dia ??

Dulu, aku ingat poligami nie sunah. Tapi, rupanya tak. Islam telah menetapkan poligami sebagai sesuatu perbuatan mubah (boleh).  Bukan sunnah, bukan pula wajib. Owh, ia cuma boleh jek. Bukan sunah pun. Cetik yek ilmu aku nie. 

Aku terus terang yang aku memang menentang poligami. Bukan apa, aku takut sangat berkongsi. Yek la, mana taknya hidup nie nak kongsi dengan orang lain sampai semuanya kena kongsi. Aku memang selalu katakan TIDAK pada poligami nie. Tapi, sekalang aku tak nak cakap, yek la aku ni belum kahwin, buatnya aku jatuh cinta dengan suami orang. Isk.. Minta dijauhkan.

Kalau aku dengar jek pasal poligami nie, aku terus melenting. Sebab aku rasa, lelaki nie macam-macam. Tapi ?? Betul ker lelaki jek yang salah ?? Macamana plak ngan perempuan ?? Dia tak buat ker macamana lelaki buat ? Isk, mana boleh. Perempuan mana boleh kahwin lebih dari satu.

Yup, Memang perempuan tak boleh kahwin lagi satu, tapi macamana plak perempuan yang ada kekasih gelap tue. Yek la, ada kan kornag dengar, datin tue bela anak ayam, artis tue bela gigolo. Amacam ?? Boleh plak ?? Cam ne ?? Kenapa benda nie tak ditentang ?? Sebab macamana sekali pun dia ada lelaki lain. dia tetap TIDAK BOLEH kahwin lebih dari satu. Right ??

Boleh ker kita salahkan lelaki berpoligami, dan betul ker perempuan yang curang belakang suami ?? Orang cakap, lelaki tue betul la, sebab dia memang dibolehkan berkahwin lain kalau dia berkemampuan, tapi perempuan macamana pun TETAP tak boleh !! KAN...

Amacam ??

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL



1.    Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
Mestilah pernah kan. Tipu la kalau akta tak pernah. Membuatkan jatuh cinta ?? mungkin sebab cara dia layan dan care pasal saya dan sentiasa ada dengan sayawalaupun saya susah dan senang. Mula-mula, masa kenal mestila tengok fizikalnya, yek tak. Dan bila nak serius, barulah tengok keperibadian dia.

2.    Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
Utamakan ?? Ntah yek. Tapi rasa yek, YE !! kenapa ?? Saya nie perempuankan. SO kalau boleh, biarlah cukup fizikalnya untuk jaga saya dan lindungi saya nie.

3.    Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
Fizikal ?? biasanya tang mata kot. Suka tengok mata dia. Sebab, matalah segala-galanya. Kalau tak de, tak Nampak kan. So, dari mata turun kehati.Dan, bibir. Hehehe.. Comel jek. Lagi pun, Nampak seksi gitu.. auuuwww… *gedik !!

4.    Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
Yek kot. Entah ek. Belum mengalami yek lagi. Mungkin betul kot. Sebab tue, Nampak dari luaran, family tue, saling jage menjagai.. pewiittt…

5.    Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Lelaki kacak kaki perempuan ?? Tak jugak kot. Sebenarnya, lelaki tak hensem punkadang-kadang boleh jadi kaki perempuan. Sebenarnya, ikut individu itu sendiri macamana bawak diri tue.

Perempuan canti materialistic ?? Perlu ker ?? Tak jugak kot. Sebab, ada jugak perempuan yang tak cantik meterialistik. Sebenarnya, ikutla niat hati tue. Tapi, perempuan sekarang pun ramai yang dah berkerjaya. Tak perlu duit lelaki lagi kot. HAHAHA…(poyo). Tapi aklau dah kahwin tue, wajib kena jadi meterialistik, biar lelaki pokai sebab nanti dia tak dapat kahwin lain.

6.    Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
Lelaki idaman ?? Awal Ashari kot. Demand kan … Kenapa pilih dia. Of course sebab dia hensem. Untung Kak Scha dapa dia tau. Pandai jage diri.

7.    Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
Tak boleh jawab. Sebab belum tak de kaitan…

8.    Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
Tidak !! Mahu badan 2 tahun lepas.. Huwawaa… Mau kurus lor…

9.    Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
Perlu. Yek al, lelaki nie mata keranjang. Pantang nampak perempuan dahi licin cikit, comfirm tertarik bagai. Hush !!! Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita kena la jage tubuh badan. Selain tue, dalam menjaga atau lebih dikenali dengan diet, kena jaga kesihatan juga. Ambik permakanan yang seimbang dan bersenam.

10.  Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Ikut hormone masing-masing sebenarnya. Ada yang mujarab. Ada yang tidak. Displin diri tue penting sebenarnya. Kalau makan pun ak jaga, cam ne badan tue tak naik. Melantak satu hari 5pinggan nasi, aps tue, makan product kurus badan. Hampeh, sampai bile pun tak kurus.

Soalan apakah ini ??

SHORT ENTRY !!!

Kelmarin : awak dah jatuh cinta dekat saya ker ?
Semalam : awak suka saya ek ??
Soalan apakah ??

Isk.. ada ker bagi aku soalan macam ni. Macamana aku nak jawab ?? OMG.. Sengal ini orang. Hanya mahu memain jek. Mengarut betul.

Ya Allah, Tunjukkan aku benda yang betul dan yang salah. Aku tak mahu terperangkap dengan orang yang tak sepatutnya. Kau yang Maha Mengetahui. Aku dah mula binggung !!!

Tuesday, March 15, 2011

Salah ker Jadi Silent Reader ??

Silent Reader ?? Salah ker ?? Jujur aku cakap, aku emmang salah sorang silent readers. Kenapa aku suka buat macam tu ?? Entah, lepas aku habis baca entry, aku akan cari tajuk2 entry best dan aku baca. Tinggalkan jejak. Sangat jarang sebabnya, ntah la. Aku rasa macam aku ni tak layak nak tinggalkan jejak. Yek la, malu kot blog baru macam aku. Entry pun tak sampai 100entry lagi, nak suruh orang masuk tengok. Malu la.

Pasal komen. Kadang – kadang aku komen jugak. Tapi, kalau entry tue aku tak tau nak komen pape. Nak buat apa aku hiprokrit. Entry cerita lain, kang komen lain plak ceritanya. Kan lagi nampak sangat kita nie tak focus baca entry orang tue. Aku memang macam tue. Ada juga, kadang – akdang tak baca pun entry kita, dia komen jugak. Tak ker lagi pelik tue ??

Berlagak otai ?? Bukan la. Yang dah aku kata tadi, kadang – kadang aku tak tau nak komen apa kat entry tue. Jadi, pas aku baca, aku rasa blog tue oke, aku follow. Aku suka, aku follow. Dan aku tak nak paksa sesapa pun follow blog aku. Bak kata blogger otai, “kalau orang suka blog kita, dia akn cari sendiri kat mana icon followers tue “

Kalau tak nak komen, tinggalkan la jejak kat shoutbox ?? Ok, aku bukan la sombong sangat. Kadang – kadang ada juga aku tinggak jejak kat shoutbox tue. Tapi, berapa ramai yang go back g kat blog yang tinggalkan jejak ?? Tapi, aku tengok akt shoutbox tue, ayat lebih kurang jek. Takkan nak terikut – ikut ayat orang plak. Kang, orang cakap, ayat sama jek, COPYCAT ker ?? Betul tak ??

Salah ker ek ?? AKU JADI SILENT READER ??

Monday, March 14, 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI SOAL CINTA



LELAKI pilihan anda ?

Lelaki pilihan saya ?? saya sangat simple. Jadi, saya hanya mahukan lelaki yang sangat simple dalam hidup saya. Selain itu, harap sangat lelaki yang boleh jaga saya hingga le syurga. Dan dapat jadi ketua keluarga

Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?

Lelaki seksi ? Gulp .. Tak perlu kot. Yek la, lelaki tak sinonim ngan seksi tapi dengan MACHO. Definasi seksi untuk lelaki ?? ntah ek, mungkin sengan suara yang serak - serak ditambah plak dengan suara yang garau, yeah.. seksi u..

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

Mungin ye, dan mungin tidak. Tak boleh nak judge semua lelaki adalah sama. Setiap orang amat - amat berbeza. Mungkin yang hanya berkorban sebelum memiliki cinta tue hanya untuk buat suka - suka dan ada beating antara kawan - kawan (jahat yek jawapan ) dan ada juga lelaki yang setelah  mendapatkan cinta juga, dia sanggup buat apa saya selepas itu. Contohnya, walaupun cinta dilarang, tapi tetap mahu meneruskan dan berusaha untuk hidup bersama walau apa yang ajdi

Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Pastinya TIDAK MAHU ?? Kenapa ?? sebabnya, kongsi -kongsi nie. aduhai, susah... Lagipun, lelaki - lelaki zaman sekarang nie, susah nak berlaku adil. Jadi, kalau dia tak adil, dia yang kena jawab kat akhirat nanti. Kesian kan. Lagipun, kalau berkongsi nie, akan jadi musuh. Sebab tak suka, Jadi lebih baik tak payah ada madu kan. Kalau madu lebah tak pe...

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?

Kalau dia ada perempuan lain ?? Bincang elok -elok dan kalau rasa nak teruskan hubungan, suruh dia berubah. Kalau rasa hati dah parah sangat, baik berundur. Kalau saya, saya pilih berundur. Tapi sebelum tue bincang cara elok kan. Mula cara baik, putus pun cara baik la. Yek tak ??

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?

Lelaki atau perempuan ?? Sejujurnya saya sangat setuju, dua - dua sama jek. Kalau tak mulakan, mana nak jadikan ?? So, pandai - pandai la jawab yek. Tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Kena la tau status sendiri.

SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??

Setia ?? Susah nak cakap. Sebenarnya pendirian seseorang. Tapi, biasanya yang setia nie perempuan. buktinya, bila dah fall in love, sanggup berkorban apa jek *but not me*. Kadang - kadang sanggup buat apa sahaja untuk lelaki tue. Lagi pun, perempuan nie kerja, balik kerja terus jek balik rumah. Tak macam lelaki, lebih terdedah dengan lepak kawan - kawan. Bila kawan - kawan bawak perempuan, mula la nah usha. Mana tak yek, masa ni la nak guna " lelaki boleh kahwin 4 ma ". Isk.. 

Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

cemburu. Of course la. Tapi, mestilah cemburu yang berpada - pada. Dan saya adalah orang yang sangat sporting. Oke jek. Sekali kantoi, jangan harap ok.. Hehehe...

Ok !! Publish !!!

Sunday, March 13, 2011

Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing

Wah CIK JEJEARIRUNCING buat "game" la. So, disebabkan, dia baru first time buat, kena la bagi support kat dia betul tak ?? So, bila fikir - fikir, malam ni aku ada sedikit masa dan ruang, aku join "game" dia.

Nama pun games, mesti la ada syarat - syaratnya kan.. kan.. kan.. Jadi, Syarat - syaratnya ??

1. Tekan butang "Like" dan "Share" di entry ni.
       - DONE

2. Copy HEADER dan buat satu entry bertajuk "Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing"


     - DONE

3. Dalam entry tu ceritakan kenapa anda suka baca blog jejariruncing, dari mana dapat tahu tentang blog ini dan bagi idea atau cadangan untuk memantapkan lagi blog ini. selain tu korang juga boleh tanya saya maximum 3 soalan jika ada. soalan anda akan saya jawab di ruangan komen di entry tersebut dan dihujung entry tu kalau nak, ajak la kawan-kawan yang lain join game jenjalan ni..

  •  Kenapa suka baca blog jejariruncing ??
    • sebabnya kenapa saya suka bacablog jejariruncing sebab, bahasa - bahasa yang digunakan dalam blog itu. Bahasa - bahasa yang di gunakan sopan dan sangat teratur. Selain itu, blog nie tak laa terlalu berat untuk loading menyebabkan selalu nak baca dan tengok2 entry yang menarik. Selain tue, suka baca entry jejariruncing dengan KFCM. Sweet sangat u all together. Hari - hari tunggu bila u all nak umum nak tunang ker, nak nikah ker, heeheh... Happy for both of you
  • Dar mana dapat tahu ??
    • Dari mana ek ?? hehee...  Saya jumpa blog jejariruncing selepas kemenangan AFF Suzuki tahun lepas. Macam -macam dnegar orang berkata pasal blog jejariruncing nie, Jadi tertarik nak mengetahui apa yang mereka ceritakan tue benar atau tak.Jadi, don't judge book from it's cover. Menilai seseorang dengan mata sendiri
  • Bagi Idea atau cadangan ??
    • Alamak, saya pun baru lagi dalam dunia blog ler cik jejari runcing, cam ne saya nak bagi idea atau cadangan ek ?? Cuma, buat la contest yang best - best. Boleh join. Sorry, macam tak layak untuk bagi idea. Hehehe...
  • Soalan kepada Jejariruncing ?? Max 3...
    •  Oleh kerana saya nie baik, saya taknak tanya bebanyak la.. Nak tanya satu jek soalan. Soalannya, Bila nak kahwin dengan KFCM tue ?? Tak sabar nak tengok. yuuhuuu..
4. Selepas selesai publish entry tu, sila copy link entri anda tu dan pastekan ke ruangan komen saya.
   - Ok, dah boleh publish..

Jom sesapa yang nak join jugak. Jom3... =)

Makeup Itu Menjaga Penampilan ?? Yek Ker ??

Semalam, aku YM ngan kawan aku sampai pukul 4 pagi. Puyo... Lama dah aku tak buat perangai duduk depan laptop semata - mata menghabiskan masa dengan berchatting. Ha... Boring sangat malam tadi. Dia tegur, apa lagi ramcak la berborak. Lagi -lagi macam -macam la cerita yang keluar.

salah satu topik, bab MAKE UP. Dia tanya aku,

Kawan : Ko suka makeup tak ??

Me : Suka, tapi aku suka makeup tipis jek.

Kawan : Owh, aku suka tengok perempuan make up

Me : Ha ?? Maksud ko ?? Nampak cantik ?? Bukan Lelaki suka yang Natural Beauty ker ??

Kawan : Bagi aku, Kalau aku tengok peempuan tue make up, aku rasa dia pandai jage penampilan. Aku suka tengok perempuan makeup sikit2 nie. Memang la lelaki suka natural beauty, tapi  pandai jage penampilan, tue satu bous kan ??

Me : Owh, Cam tue...

Pas tue, aku terfikir, betul jugakan. Perempuan dengan makeup memang tak dapat dipsahkan. Lagi  lagi dengan fesyen. Ada jek fesyen terbaru untuk perempuan ?? Lelaki ?? Ada ??

Makeup nie bukan jek nak kelihatan cantik depan orang, aku setuju dengan kawan aku tue, salah satu menjaga penampilan.  Sebagai contohkan, korang kerja sebagai customer services. Tiap - tiap hari nak jumpa orang, takkan muka kita nia nak tengok kusam jek. Betul tak. Baik - baikorang nak beli barang kita, jadi tak beli nanti.

Oke, cuba korang tengok perempuan - perempuan yang ber makeup, korang mesti seronok jek tengok muka mereka kan. Cantik jek. Rasa perempuan macam tue adalah perempuan yang pandai berdikari dan sangat - sangat elegant. Yeah !!

Macam aku, aku tak nafikan yang aku suka sangat bermake up. Sebelum nie pun, ada entry yang aku tunjuk barang - barang make up aku. Kenapa aku suka bermake up ?? Sebab, aku rasa, kalau aku nak kuar g mana - mana, aku make up aku jadi lebih yakin dan rasa fresh. Dengan tue, hari - hari yang kita lalui tak la membosankan. Ceriakan hari dengan warna warni. Make up kan warna warni . kihkihhh

Tapi, ada juga keburukan ber make up nie. Yek la, kalau dah satu hari muka kita ni banyak bahan - bahan yang kita sendiri tak tau dari mana datangnya, jadi dikhuatiri, muka kita akan rosak kalau selalu sangat makeup. Lagi - lagi makeup yang tebal - tebal tue kan.. Sebab tue la, kalau kita bermake up nie, bila malam kita kena bersihkan semua yang ada kat muka kita nie supaya kulit muka ita dapat benafas dengan sempurna. Yek la, muka penting tau. First inspiration, bukan ker muka ?? Betul ?? Sebelum ke tempat lain...

Kemanisan Bersahabat

Korang ingat tak entry Wedding Fitri and Farah

Oke, korang leh baca kalau kornag rasa nak baca. Tapi kalau tak nak abca, meh baca entry nie. Meh dekat meh...

Hidup aku dulu, rasa amat2 sempit. Mana taknya, Pergi Kerja Kuar Lunch, Balik Kerja, Makan Malam. Hari2 benda yang sama jek aku buat. Dah macam burung, pagi3 cari makan. Balik bawak makanan. Kan.. Samakan. Hidup aku hanya itu hari2. Bosan gila. Nak wat camne kan, aku kat sini sorang2. Tak ada kawan pun. Balik2 rumah terus jek masuk tidur.

Lepas aku wedding Fitri and Farah tue, aku rasa aku rasa balik kemanisan berkawan. Aku rindu saat2 aku ramai kawan2 di sekeliling aku. Dulu, satu ketika aku macam buang dieorang Isk... Tak mungkin kan. Aku sayang sangat kat kawan2 aku nie. Sampai ada kawan aku cakap " kalau bf ko dah tinggal ko, baru nak cari kiteorang balik " . Terasa tamparan itu !!!

But now, aku rasa aku happy dan seronok dengan dunia aku. Ak dapat balk semua kemanisan berkawan. Alhamdulllah. Allah Maha Mengetahui. Amin. Dia Mendengar luahan hati aku nie. Aku rasa seronok teramat-amat sebab aku rasa sekarang aku dapat balik kawan + sahabat yang lama dah hilang tue. Alhamdulillah. Aku rasa sangat lepas aku pergi wedding kawan aku Fith and Farah tue.

Sejak dari hari aku join mereka, aku rasa aku dapat gelak dan ketawa sepuas hati aku. Sangat - sangat puas. Aku hilang tension bila berbual denga mereka. Kawan - kawan aku nie juga bagi aku semangat untuk aku teruskan kehidupanaku. Love u All... Kenapa tak dari dulu aku sedar akan kehadiran mereka yang sangat - sangat buat aku rasa bahagia. Lebih bahagia dari bercinta ?? Kalau la aku sedar dari dulu, mesti aku lebih matang dari sekarang, sebab dekat sisi aku adalah MANUSIA - MANUSIA TERHEBAT !!!


Saturday, March 12, 2011

Cuti Sekolah !!

Adik Ain : Kak Dil cuti berapa minggu ??
Me : Ha ?? Isnin Pagi balik la
Adik Ain : La, Yek ker ?? ngat kak Dil pun cuti seminggu ??
Me : Apasal plak ??
Adik Ain : Kan cuti sekolah...

erk... Dah cuti sekolah rupanya. wah2, seronok la yek cuti sekolah dah mula. Berpoya-poya la kamu wahai adik - adik ku !! yeah !!

Mesti ramai yang plan kan, macam2 bila cuti sekolah. Ada yang pergi holiday, ada yang duduk rumah je, tengok TV, ada yang jumpa kawan3 lain yang berlainan sekolah, dan tak lupa jugak, BANYAK KENDURI KAHWIN.. yeah !!! i like kahwin2 nie...

Dan aku ?? yang berkerja nie.. Tetap macam selalu.. Kerja dan terus kerja. Walaupun hati tak ikhlas, nak buat macamana.. kan kan.. kan.. kann..

Pada adik2 yang sedang bercuti, cuti2 jugak, Buku jangan lupa. Lagi2 yang ak ambil peperiksaan besar macam UPSR, PMR, or SPM... Yeah  !!!!


Pagi - Pagi Mesti Pen Hilang

Entry nie, entry geram !!!

Geram betul aku dengan budak2 kat office aku nie. Isk... Geram sangat tau tak !! Mana tak yek, asal pagi2 aku masuk office, nak buat kerja, mesti aku HILANG PEN. Isk.. Muka aku nie, asyik minta admin aku tue pen jek. Admin aku pun dah marah kat aku. Asyik muka aku jek yang minta pen. Yek la. Aku nak buat dokuman, cam ne kalau aku tak pakia pen. Geram yek aku. Bukannya dieorang nie tak dapat pen. Bukan yek, admin aku tak bagi diaorang pen. Tapi masalahnya, mereka2 nie. Cam ne la, asyik hilang pen jek. Apa dieorang buat ngan pen dieorang pun aku tak tau AGRRRRRHHHH !!!!!

Mana pen aku ?? Aku nak buat kerja la !!!!!!!!!

Muka Kemboja

Erk... Muka aku nie ada muja orang kemboja ker

Tadi pagi, aku g belajar motor. Nak dapatkan lesen, kena la belajar yek tak ?? Orang dah bertahun2 ambik lesen, aku bru terkedek2 lagi baru nak ambik lesen. Hahahahaa

Oke2, berbalik ekpada muka KEMBOJA.

Abang Lesen : Dik, adik nie orang melayu ek ??
Me : senyum2, Ada nampak muka ornag lain ker ??
Abang Lesen : Nampak cam muka orang Kemboja, orang Siam tue..
Me : ERRRKk.. !!

Ada ker ?? Cuba ko amati muka aku nie ?? 


ada ker ??

Abang Lesen : Yek la.. Betul, Macam yang kerja kat kedai makan.
Me : errk.. Kedai makan mana ??
Abang Lesen : Adalah, dah2 tolak motor tue ...
Me : Cakap la
Abang Lesen : Nanti la, aku bawak ko !!
Me : *blur......

Muka aku yang comel2 lotei nie, dia cakap muka kemboja, tambah plak dengan muka Siam. Kalau dia cakap muka Jawa ker, oke jugakkan. Boleh aku terima. Hehehe.. KEMBOJA + SIAM.. OMG......


Ker, abang nie nak tackle aku ?? Hahahaha.... Kemboja pun Kemboja la, yang penting aku lulus, & dpt lesen.. PEACE !!!