Followers

Friday, March 18, 2011

Poligami ?? Perempuan macamana plak ?? Boleh ker ??

Poligami bermaksud lelaki boleh Berkahwin Lebih Dari Satu.

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)

Wah, pagi-pagi aku dah up entry nie. Amacam ?? 

Aku nak share sesuatu pasal poligami nie. Ok, malam tadi 17/03/2011 ada sorang kawan aku ni diijabkabulkan. Wah, seronok ek korang dengar pasal kahwin-kahwin nie. Tapi, nie bukan pernikahan dia yang pertama. Tapi kedua. Erk.. yup, dia kahwin lain. Kalau korang tengok office aku semalam, confirm rasa ni pernikahan pertama dia. Sebab sangat meriah !! Siap bukak lagu kuat-kuat lagu SELAMAT PENGANTIN BARU.

Dia minta izin kat isteri pertama tak ?? Dia adil tak ?? Anak-anak dia macamana ?? Apa jadi lepas tue ?? MAcam-macam dalam kepala otak aku sebelum ni. Lepas aku dapat tahu, amcam-macam aku fikir pasal poligami nie. Macamana la kan dengan isteri pertama dia. Boleh ker terima ?? Ikhlas ker dia ??

Dulu, aku ingat poligami nie sunah. Tapi, rupanya tak. Islam telah menetapkan poligami sebagai sesuatu perbuatan mubah (boleh).  Bukan sunnah, bukan pula wajib. Owh, ia cuma boleh jek. Bukan sunah pun. Cetik yek ilmu aku nie. 

Aku terus terang yang aku memang menentang poligami. Bukan apa, aku takut sangat berkongsi. Yek la, mana taknya hidup nie nak kongsi dengan orang lain sampai semuanya kena kongsi. Aku memang selalu katakan TIDAK pada poligami nie. Tapi, sekalang aku tak nak cakap, yek la aku ni belum kahwin, buatnya aku jatuh cinta dengan suami orang. Isk.. Minta dijauhkan.

Kalau aku dengar jek pasal poligami nie, aku terus melenting. Sebab aku rasa, lelaki nie macam-macam. Tapi ?? Betul ker lelaki jek yang salah ?? Macamana plak ngan perempuan ?? Dia tak buat ker macamana lelaki buat ? Isk, mana boleh. Perempuan mana boleh kahwin lebih dari satu.

Yup, Memang perempuan tak boleh kahwin lagi satu, tapi macamana plak perempuan yang ada kekasih gelap tue. Yek la, ada kan kornag dengar, datin tue bela anak ayam, artis tue bela gigolo. Amacam ?? Boleh plak ?? Cam ne ?? Kenapa benda nie tak ditentang ?? Sebab macamana sekali pun dia ada lelaki lain. dia tetap TIDAK BOLEH kahwin lebih dari satu. Right ??

Boleh ker kita salahkan lelaki berpoligami, dan betul ker perempuan yang curang belakang suami ?? Orang cakap, lelaki tue betul la, sebab dia memang dibolehkan berkahwin lain kalau dia berkemampuan, tapi perempuan macamana pun TETAP tak boleh !! KAN...

Amacam ??

No comments: