Followers

Sunday, March 6, 2011

Pagi ku & Lengkuas

Niat aku untuk bangu lambat tebantut bila pagi ku telah dikejutkan dengan suara pemuda lelaki. 

Abah aku ni seorang broker LENGKUAS. Kira yek macam orang tengah diantara penduduk kampung dengan peniaga. So, banyak la penduduk2 kampung mahupun kampung2 jiran yang kenal dengan abah aku ni. Yang mahu jual buah lengkuas mereka kepada abah aku.

Pemuda tadi? Niat dia datang memang nak jual buah lengkuas tue kat abah aku. 

Cerita pemuda tue : Ada orang call saya minta tolong cabutkan lengkuas. Dia kata nak dalam 20kg. Saya pun cabut la sebab dah oang nak belikan. Lepas saya dah siapkan semuaya, saya call orang yang nak beli tue, tapi dia tak angkat. Mesej tak balas. Tue ingat nak jual nga pakcik.

OMG ! Kesian yek dia. Kena tipu ngan orang. Korang tau, aku pernah ler buat kerja membersihkan buah lengkuas nie. Jujur aku cakap, orang yang teliti dan sabar jek yang mampu buat buat lengkuas tue jadi bersih. Kenapa la kan, ada juga orang yang menipu untuk kepentingan diri sendiri. Tak terfikir ker penat lelah orang yang sanggup melakukan perkerjaan tue denan halal. Memang la yang datang tue muda lagi,masih mampu untuk berkerja, tapi patut ker sesetengah orang melakukan perkara macam nie? 

A least, kalau tak jadi ambik pun, angkat la phone. Balas la mesej. Bagitahu kan. Sedihnya. Aku sayu jek dengar cerita pemuda tue. Beriya benar masa dia ceritakannya. Sapa la yang buat kerja macam tue kan. Tak terfikir ker perasaan orang. Apa perasaan korang kalau kena tipu cam tu ?

Apa jadi dengan lengkuas dan pemuda tue ??

Abah aku tak ambik pun lengkuas tue. Sebabnya, dah kering. Lengkuas nie, kalau duduk lama3 dalam plastik, dia akan jadi kering. Maaf yek encik. Bukan apa, kalau abah saya ambik pun tak leh jual, tak de gunanya. Abah saya rugi. 

Pesanan 1 : Jangan la menipu untuk kepentingan diri sendiri. Fikir la perasaan orang2 kampung yang susah nie. Orang lain pun berniaga juga, Jadi jangan sebab kamu, orang lain pandang serong kat peniaga yang lain. Cari rezeki yang halal. 

Pesanan 2 : Kalau nak jual sesuatu ekpada seseorang, pastikan anda kenal dulu orangnya. Komunikasi dengan tepat. Tak la tertipu dengan perniaga2 yang hanya mementingkan diri sendir nie.



 Lengkuas yang belum dibesihakan


Lengkuas yang telah dibersihan. (kalau masukkan dalam rendan nie, Fuhhh !!! )

No comments: