Followers

Thursday, March 10, 2011

Bukan Aku Tak Nak, Tapi............

Umur aku, tetttt.... 24tahun.. Orang kata, umur tue hanyalah angka. Yeah, aku setuju. Cuma angka jek tue. Ada aku kisah ??

Bukan aku tak nak ?? apa maksudnya ?? Bukan aku tak nak KAHWIN or TUNANG. Sapa yang tak nak kahwin or tunang, cuba angkat tangan?? Comform tak de. Semua orang yang normal, pasti mahu ke arah tue. Cuma lambat atau cepat jek kan.. kan. kan.

Aku ?? yeah, aku memang nak ke arah tue ? Bila ?? Jeng.. Jeng.. Jeng..

Ha ? aku pun tak tau la. Bila.!! Sejujurnya, dulu aku ada plan, tapi bila macam-macam jadi. Aku tak rasa plan tue harus diteruskan. Seriously. Kesian plak kat orang tua aku dan pihak sana kan. Nanti ada plak yang bermusuh. Bagi aku, kalau aku da betul-betul sedia, insyaAllah. Semuanya akan jadi. Bila dah di ikat nie, ke dua-dua belah pihak terlibat. Aku tak nak lukakann mana-mana pihak terutama sekali pihak aku. Aku tak sanggup lukakan hati family aku. Aku sayang mereka. 

Sapa yang tak nak ? Disayangi, Dimanja, .. Aku, seornag perempuan normal, mestilah rasa mahukan semua tue. Tapi, bagi aku, biarlah cara yang sah dan halal. Aku cuma mahukan lelaki yang boleh bimbing aku kejalan yang benar. InsyaAllah.

Dulu, aku memang rasa beriya-iya dan gembira, tapi sekarang aku tak rasa appe pun. AKu rasa kosong, Bukan aku tak nak teruskan tapi........ Aku sendiri tak leh bagi jawapan tue. Mungkin belum sampai jodohnya. InsyaAllah kalau dah smpai pasti ada. Pasti semakin menghampir. Ye tak ?? InsyaAllah. Amin...

No comments: