Followers

Friday, March 18, 2011

Rezeki Hari Jumaat

Alhamdulullah.. Rezeki aku hari Jumaat berganda-ganda hari nie.

Syukur pada-Mu Ya Allah. Amat-amat bersyukur sangat-sangat. Panjatkan segala kesyukuran kepada-MU

Seronok sangat-sangat sebab rasa macam tak percaya. Dari pagi sampai la ke tengahari nie. Alhamdulillah. Rezeki aku semakin bertambah-tambah. Semoga rezeki yang Allah berikan melimpah ruah.. Amin ya Raballalamin.

Kenapa aku happy sangat dan sangat-sangat bersyukur. Ada 3 perkara yang buat aku berlonjak kegembiraan.

1. Pagi-pagi aku tengok CIK NUFFNANG, BE aku yang ke-enam muncul. Ya Allah, bersyukur gila. Walapun tak banyak, tapi aku amat-amat bersyukur. Orang kata, dari sikit la jadi bukit kan. Jadi, dari sikit tue la aku aku nak kumpul jadi bukit. Pape pun Thank'z cik nuffnang.

2. Aku dapat panggilan interview. Happy gila aku, sebab lama sangat aku tunggu mana-mana compny yang memerlukan khidmat aku. Entry-entry sebelum nie pun tau kan yang aku sakit sangat kerja kat sini. Sampai bila nak tahan kan. Alhamdulilah. Tapi, nie pun aku tak tau nak pergi ker tidak.

3. Aku dapat offer kerja kat KL. Mean, kerja dengan compony yang sama tapi dengan position yang berlainan. Di Head Quarters aku di KL. Ya Allah. Rezeki- MU melimpah ruah hari nie. Aku cakap, aku oke jek tapi kena revised gaji aku la. Sebab duk Kl kan, ngan position aku yang abru. So, kena la smua yek baru.. Alahamdulillah. Amin.

Oke, panjang dah aku cerita nie. Tapi, syukur aku tak abis lagi. Hari nie, macam-macam jadi. Betul kata orang, "Orang yang SABAR, pasti dapat Ganjarannya". Sabar dan bersabar. InsyaAllah pasti ada yang terbaik.

Syukur pada-Mu Ya Allah.. Dengan Nikmat dan apa yang KAU beri untuk aku hari ini. Amin. Semoga rezeki aku berpanjangan. AMIN.

No comments: