Followers

Saturday, April 16, 2011

Hari Terakhir Berkhidmat

Hush, Seminggu aku tak updated blog. Gila la. Bersawang-sawang aku tengok. Kesian sungguh. Sebelum apa-apa, bagi aku kemaskan sikit-sikit blog nie. Biar tak bersawang. Hahahaaa...

Ok, settele. Teruskan *gedk*

Mood : SANGAT SEDIH

Kenapa aku amat-amat sedih?? Sebabnya, semalam adalah hari terakhir aku berkhidmat di tempat kerja lama kau. Sedih sangat. Walaupun aku nak tukar kerja da dibawah satu syarikat yang sama, tapi situasi akan sangat berbeza.Aku akan bertuka di HQ (Head Quarters). 

Berbeza sangat. Masa aku pun, akan terus berbeza sebabnya aku akan terhad dengan situasi kat sana. Dan, kerja lama kau flexible. Nak keluar sesuka hati,nak tertonggeng-tongeng sesuka hati, boss pun tak berapa nak ambik pusing dengan keadaan kitaorang. Seronokkan. 

Tapi, apa boleh buat, aku pun memang nak sangat tukar kerja. 2 tahun aku aku berkhidmat kat SITE MUAR tue, macam-macam jadi. Macam-macam kenangan yang aku pernah lalui ngan masa 2 tahun ni. Dan next week adalah pengalaman baru untuk aku. Adakah ia lebih baik?? entah la.




Sesungguhnya, kita tidak tahu apa yang jadi, esok, lusa. Tapi, kisah hari nie, semalam,kemarin adalah kenangan dan pengajaran untuk kita jad lebih matang. Semoga, urusan aku dipermudahkan.

Sunday, April 10, 2011

Masam-Masam Manis

Lelaki : Hye, Boleh berkenalan
Perempuan : hye, (senyum-senyum)
Lelaki : boleh minta no telefon??
Perempuan : 01*-*******

Mula-mula nak berkenalan, baik jek. Nak usha, nak rapat-rapat. Selalu sms, calls, chatting. Sekarang kan, kemudahan banyak. Macam-macam ada. Semua nya bermula dengan baik. Sangat-sangat baik. Dan akan menjadi sangat baik bila masing-masing meluah rasa yang ada dalam hati Berbunga-bunga mekar sehinggakan, mandi tak basah, makan tak kenyang. Bahgia jek selalu. Sampaikan senyum sorang-sorang bila baca sms dari dia. Senyum meleret sampai ke telinga bila dapat panggilan dari dia. (cerita macam aku jek nie).


Sedang ingin bercinta - DEWA

Tapi, setiap hubungan mesti ada masalah. Ada dugaan yang datang. Gaduh manja-manja tue adatlah kan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak hubungan percintaan. Namun, ada juga penyebab yang menjadikan gaduh manja jadi gaduh rebut taufan. Hush. Masa nie, dah tak ada gelak ketawa, senyum memanjang, tapi yang nampak cuma kusut masai dan muram durja. Relax ok.

Bila dah gaduh besar, perasaan saying mla berkurangan. Hanya kesalahan jek yang nampak. Yang baik semua hilang entah kemana. Sedih jugak. Memang sangat sedih bila fikirkan semua tue. Jage bertahun-tahun, kadang-kadang masalah kecik jek boleh jadi isu yang angat besar. Dan akhirnya, berpisah.

Bila berpisah, perlu ker kita jadi kan bekas kekasih kita sebagai kawan ?? Perlu ker kita berbaik dan menganggap dia sebagai akwna baik. Boleh ker hati masing-masing terima dnegan keadaan yang ada. Kalau pasangan kita tue ada kekasih baru, apa plak perasaan kita.? Boleh ke kita terima dengan hati yang snagat terbuka. Yeah !!! next entry akan ku bagi jawapannya. Ok….

Thursday, April 7, 2011

Tentang Perasaan KU ~~~

Pagi-pagi lagi dah rasa pening-pening. Apasal ntah dengan aku nie. Asyik tak sihat jek kebelkangan nie. Nak demam, tapi tak jadi demam. Nak muntah, tak leh nak muntah. Bahaya nie!!!

Perasaan aku ?? Sangat berbungga-bunga seperti baru mula-mula bercinta. Yup, dia sangat sweet dan aku rasa dia boleh bagi aku kebahagian. Tapi, kitaorang tak declare pape lagi untuk relationship ni. Tapi, dia selalu ada kat sisi aku. Romantik ?? Ntah, belum nampak kat mana dia romantik. Kita orang pun belum ada date lagi. Tak tahu lagi, lebih pada sms. Luah kan kat sms jek. Tapi, aku rasa aku cam fall in love with him.


My BFF kata, aku ngan dia nie sweet. Bila aku cecita ngan dia kitaorang punya story, dia kata sweet sangat. Dan aku tak tahu la.Betul ker tak. Apa perasaan aku?? kadang-kadang rasa suka. Kadang-kadang rasa bahagia. Kadan-kadang rasa rindu. Opsss... Semua yek berbunya-bunga nie. Aku fall in love ker nie?? gawat ini cerita. 

Dia datang tanpa diduga. Dan aku tak tahu bila dia akan pergi dalam hidup aku. Buat masa nie, bagi aku dia adalah anugerah yang Allah turun kan bila aku memerlukan HERO untuk selamatkan aku dengan keadaan sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Dia bagi aku ujian yang besar dan dia datangkan aku nikmat selepas ujian itu. Syukur Alhamdulillah. 

Namun, walaupun aku sedang berbunga-bunga mekar melayan perasaan aku, namun masih jugak ada masalah yang datang. ye, bekas kekasih lama muncul kembali. Cam ne tue?? Aduhai.. Aku rasa bersalah, tapi  aku sendiri tak tahu. Aku dah tak ada perasaan dah kat dia. ZERO. Tapi dia?? masih mengharap aku kembali. Dia masih mahukan aku hidup dengan dia. Tapi, sampai bila aku nak terus buat hubungan dengan dia. hanya mahu enjoy dan tak mahu ada pape komitmen dengan step-step selepas tue. Sampai bila??

Aku mula keliru dengan semua yang datang. Ujian Allah, sentiasa ada. Cuba kita pandai untuk handle ataupun tidak. Kan.. kan.. Aku tak tahu sampai bila aku nak amcma nie. Mencari lelaki masa depan aku tak sudah-sudah. Aku mahukan lelaki "sudikah kamu menjadi isteri aku" , bukan nya, "sudikah kamu menjadi kekasihku". Kalau kornag pilih yang mana??



Semoga, Allah beri aku petunjuk ke jalan yang benar. Yang membawa aku kearah kebahagiaan. Amin... 

Kepada kamu : Kamu tahu perasaan aku. Semoga hubungan kita di permudahkan. Amin. Niat kita baik dan semoga semua yek baik-baik sahaja.



Kepada bekas kekasih ku : Percaya la, kamu akan dapat lebih baik dari saya. Kamu baik orangnya. Saya percaya awak akan dapat lebih baik. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak.



Tuesday, April 5, 2011

1tube dan aku??

TERUJA.. TERUJA.. TERUJA....

Yeah, perasaan TERUJA tue belum habis dari pagi tadi sampai la ke petang nie. Tapi, petang nie, baru sempat buat entry sebab banyak sangat keja hari nie. Tak pe.. Tak pe.. Sempatkan juga updated entry hari nie walaupun busy kan.

Pagi-pagi amcam biasa, check facebook, check blog. Tgk message, tengok shoutbox. Wah, melonjak-lonjak kegembiraan aku hari nie dan macam tak percaya jek. 1tube datang blog aku nie. Yek ker?? Betul ker dia ??


Tgk yang atas sekali tue.. admin@1tube.my. Sudi yek encik admin datang tengok blog aku kan. Teruja sangat sampai aku pun tak tahu nak cakap macamana kan. Happy-happy sangat. 

Gedik kan, orang lain ada yang dah berkerjasama dah ngan 1tube nie, aku plak, dia baru singgah dah sibuk nak buat entry pasal nie. I don't care!! Sekurang-kurang yek, ia satu semangat buat aku untuk terus berblog. mana tahu, lepas nie dia datang ajak kerjasama ker kan. Mana tahu kan. Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu.. Yeahhh....

Kepada 1tube : Datang lah lagi ek. Suka-suka. Tahu, blog nie baru lagi dan tak selalu sangat updated. Cuma banyak join segmen abang ben jek. Tapi akan cuba juka updated selalu. Pape pun thank'z too 1tube.my sebab sudi jenguk blog aku nie..

Monday, April 4, 2011

Aku Jatuh Cinta ???

Adakah aku JATUH CINTA. Apa perasaan sebenar aku ni ?? Adakah ini namanya cinta. Takkan begitu mudah untuk aku Jatuh Cinta?? Apakah sebenarnya yang aku lalui sekarang. Betul ker apa yang aku rasa nie ?? Apa aku rasa ??

  • Selalu ingat kat dia
  • Asyik fikirkan dia
  • Mula rasa RINDU
  • Mula tulis status kat Facebook pasal dia
  • Membuat pengakuan kat Dia yang aku rindu dia
  • Selalu nak SMS dia
  • Sengeh sorang2 depan handphone
Jatuh Cinta ker aku ?? Siapakah dia ?? Hahahaa... Isk, Tak mungkin la kan.. Takkan la aku jatuh cinta secepat nie. Rapat baru 3hari kot. Dah jatuh cinta. OMG...

Ya Allah, Andai dia betul jodoh ku, Kau dekat kan la hati kami. Jika, dia buka jodoh ku, jauhkan lah hati kami kerna kami tidak mahu sama-sama sakit masa akan datang. Semoga, apa yang berlaku sekarang adalah pertunjuk dari mu Ya Allah..

Song For You



Kamu : Andai benar Kau milik ku, Berjanji lah yang kau akan bahagia kan Ku sehinga akhir hayat mu. Jangan pernah Kau sakiti hati ini, kerna hati ini sudah puas disakiti  

Sunday, April 3, 2011

Future Man

Adakah dia 
LELAKI MASA DEPAN 
yang aku cari??

Dia ker ??? 
NTAH....
hati, perasaan, jiwa, naluri
tak boleh di paksa..

FALL IN LOVE....


Saturday, April 2, 2011

Musuh atau SECOND WIFE

Kenapa kadan-kadang aku di uji dengan macam-macam dugaan yang aku sendiri tak terfikir yang aku boleh selesaikan masalah ni. Aku buntu nak selesaikan semua masalah aku. Aku dah letih. Tak sanggup nak hadapi semua sorang-sorang. Aku dah tak tahu kenapa aku di uji dengan dugaan yang amcam nie. Ya Allah, Bantulah Hamba-MU ini.

Entry sebelum-sebelum nie, aku ada cerita pasal aku ada kawan ngan suami orang, wife dia serang aku, nak santau aku macam-macam la. Dan kali nie, apa lagi ??

Yup !!! Dia bagi aku dua pilihan. Sama ada musuh atau second wife !! Aku tak nak dua-dua. Aku binggung nak buat keputusan. Aku tak nak jadi second wife mahupun musuh. Kenapa ???

Musuh : Aku kalau boleh tak nak ada musuh dalam hidup aku nie. Ye la, bila ada musuh hidup nie tak tenangkan. Sebab tue aku tak nak ada musuh. Aku nak berkawan dengan semua orang. Dan aku harap sangat dapat buat semua tu. Puaskan hati smeua orang. Aku tak naka da musuh. Apa semua nie, aku binggung

Second wife : Nie pun aku tak nak. Kenapa?? Sekarang aku jadi perampas, esok suami aku pun kena rampas. Sekarang, dunia bayar dunia. Lagi pun tak tergamak dan tak tercapai akal fikiran aku nak runtuhkan rumah tangga, masjid orang nie.Lebih-lebih lagi dia ada anak. Kalau aku kahwin ngan dia, apa akan jadi ngan anak-anak dia. Buatnya, wife dia suruh ceraikan, anak-anak tue langsung tak bersalah. Aku tak nak.

Cuba fikir, mana patut  aku nak pilih?? Musuh atau Second Wife !! Apa korang rasa kalau ada kat tempat aku nie. Apa korang buat. Binggung sangat!!! Hari-hari aku asyik mengeluh jek dengan keadaan macam nie. Nak cool pun tak boleh, dan aku snediri tak tahu kenapa. Aku tak boleh lupa dengan apa yang jadi. AKu nak berlakon untuk tak fikir, aku tetap fikir. Aku dah cuba!!!


Bukan aku tak nak jadi musuh, Tapi dia dah warning dah kalau aku jadi musuh dia, dia akan buat aku gila kat dia. Sedangkan, aku memang dah GILA fikirkan dia. Masa tue, dia yang akan gelakkan aku sebab masa tue, aku yang akan cari dia. Yang akan pergi melutut kat dia. Kadang-kadang aku fikir, dia cuma nak takutkan aku. Tapi kalau betul ?? Apa harus aku buat ?? Ya Allah. Apa yang dia nak buat. Lindungilah Hamba-Mu ini.

Ya Allah, Bantulah Hamba-Mu yang lemah nie. Tak tertanggung aku untuk hadapi semua yang jadi nie. Aku dah tak larat dan aku tak tahu nak buat macamana lagi. Ya Allah, Kau tahu aturan hidup aku. Semoga, ujian  Mu ini membuatkan aku sedar atas segala kekhilafan aku untuk sebelum ini. Membuatkan aku lebih tabah menghadapi segala ujian  Mu Ya Allah. aku memohon kepada Mu. Tunjukkan la yang terbaik untuk aku buat keputusan yang betul. Amin..


Friday, April 1, 2011

Bila April ~~~


Jom, layan lagu bila APRIL nie...

Ok, bukan nak cerita pasal lagu nie, tapi nak cakap pasal APRIL. Ini merupakan entry pertama aku untuk bulan april. jadi, untuk permulaan nie, tak ada apa sangat yang aku nak cakap. Sebab semuanya masih baru. Apa yang baru, hanyalah BULAN jek yang baru.

Sebelum nie, ada entry Babai MArch, Welcome April. ada wishlist aku kat situ. Dan angan-angan aku besar 2/3 dari wistlist aku nak kena achive. Hahahaa.... InsyaAllah, semoga semua nya akan berjalan dengan lebih baik. 

To April : Aku berharap bulan nie aku akan terus tabah menghadapi segala ujian-ujian yang telah diberikan oleh-Mu. Aku tahu, KAU menguji aku sebab aku boleh dan dapat menghadapi segala ujian-Nya. InsyaAllah. Semoga, yang baik-baik sahaja berlaku untuk bulan APRIL.

To March : Aku akan sentiasa merindui mu. Kerana kau membuat aku tabah dan membuatkan aku lebih matang. Macam-macam jadi bulan March nie. Mengajar aku lebih tabah dan kuat. LEbih berhati-hati memilih kawan. Sapa sahabat, sapa lawan. Semoga aku lebih bersabar dan bertenang. March merupakan kenangan, dan April aku berharap ia akan menjadi kenangan terindah. Amin..