Followers

Showing posts with label Pahit. Show all posts
Showing posts with label Pahit. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Friday, January 13, 2012

Luahan Hati

Tak semua benda kita boleh puaskan hati . termasuk hati kita sendiri kan. dan aku banyak belajar untuk mengenali sapa kawan . dan sapa lawan aku . Namun, sememang yek . sangat susah untuk memahami segala yang perlu aku pahami . 

Dan . aku cuma boleh menangis dan diam . Tue adalah yang terbaik . Semoga segala yang berlaku ada hikmahnya . Dan apa yang terjadi menyebelahi aku . InsyaAllah . 

Saturday, December 31, 2011

Kenangan Pahit 2011 - Fitnah

Hye Dear Reader .

Ok , kali nie nak share sikit Kenangan Pahit aku selama 365 hari dalam tahun 2011 . Puhhhh .....

Sebenarnya , macam-macam yang terjadi dalam tahun 2011 nie . Kenangan Pahit , Kenangan Manis  , Kenangan Terharu . Ada ker ek ?? heheheh .

Pasal kenangan pahit aku tahun 2011 nie, yang aku rasa sangat-sangat pahit adalah Fitnah . Perghh .. Sakit sangat rasanya bila di fitnah . Terasa ditusuk-tusuk dada . Disebabkan fitnah-fitnah ini juga la , aku hampir dibuang kerja . Aku hampir kehilangan ramai kawan-kawan . Aku hampir jadi gila . Tak keruan .

Kenapa dia buat aku macam tue ? Sebabkan dia sangat-sangat cemburu dengan apa yang orang lain ada . Termasuk aku .

Siapa dia ? Bekas Officemate aku . Aku kenalkan dia sebagai Imah . Pada mulanya , kami amat baik . Aku masuk kerja dalam awal tahun 2009 . Selalu breakfast , lunch and makan malam sesama. Disebabkan aku juga merupakan  Housemate dia , jadi kami memang sangat akrab dan baik .


Namun , dengan sikapnya yang sangat takutkan KEHILANGAN . Perangainya serat merta berubah . Menjadi dingin dengan aku dan menjaja cerita macam-macam dekat satu office aku . Aku dipandang serong . Dan hubunga aku dan dia semakin jauh .


Apa yang dia rasakan amat takut untuk HILANG . Semua yek . Dia takut kehilangan kedudukan , Dia takut kehilangan kawan-kawan ,dan yang paling teruk dia takut kehilangan perhatian . Aku bukan mahu memuji diri aku , namun aku dikategorikan mudah bergaul dan peramah. Jadi , aku mudah untuk bergaul dengan sesapa sahaja . Jadi , dia takut kawan-kawan kami yang lain tak mahu kawan lagi dnegan dia . Pelik kan .


Macam-macam dia buat cerita tentang aku , namun yang paling sangat-sangat menguris dan membuatkan aku rasa sedih dan rasa tak mahu balik rumah . Dia menjaja cerita bahawa aku telah membuat SIHIR terhadapnya . Meletakkan barang-barang tak baik dalam biliknya . SubhanAllah . Perkara aku paling tak sangka . Aku sangat tertekan asa tue . Tak tahu nak buat apa . Bila aku tahu , aku cuba mengelak untuk tidak berjumpa dengannya . Jauhkan diri . Itu adalah jalan terbaik . Walaupun aku serumah dengannya , aku cuba elak . Berkurung dalam bilik . Keluar sampai lewat malam . Sebab takut ada lagi cerita-cerita tak baik aku dengar .


Namun , Alhamdulillah semuanya selesai setelah dia quit . Aku bersyukur sangat . Bukan mendoakan yang tak baik untuk dia . Tapi , sekurang-kurangnya aku tak difitnah seperti itu lagi . Lagi pun , tak de la dia dapat dosa buat aku macam tue . Fitnah aku benda-benda yang buruk . Yang tak betul .

Nota Kaki : Orang yang teraniaya doanya selalu dimakbulkan . InsyaAllah .


p/s : Tak perlu la nak ambik perhatian dekat ramai orang . Cuma jadi diri sendiri akan lebih disenangi oleh semua orang . InsyaAllah . Amin