Followers

Wednesday, March 23, 2011

Kena Serang Dengan Wife Orang !!! Gila !!

Mengucap panjang aku malam tadi. Aku terima panggilan pukul 2.30 pagi dari isteri orang. Apa semua nie?? Apa yang jadi sebenarnya.

Hari ini dapam sejarah, aku kena "sound" ngan wife orang. Ha?? Kenapa??Sebab aku akwan dengan husband dia la. Apa lagi.

Sumpah dengan Nama Allah, aku tak tahu pun yang dia dah beristeri. Kenapa la aku tak tahu langsung. Aku tak perasan yang dia tue dah beristeri. Dia layan aku, macam dia nie belumada ikatan suami isteri. Hari-hari call aku, message aku. Risaukan aku bagai nak rak. Kalau aku tak pick up phone semua dia bising. Dia seolah-olah tak ada bini. Pandai betul berlakon. Beratnya ujian-Mu ya Allah.

Aku adalah wanita yang mennetang poligami nie. Entry aku sebelum nie pun aku ada cakap. Tapi, bila kena batang hidung sendiri. Ambik kau, terduduk kat situ jugak!! Sangat-sangat tak sangka sebab boleh kena kat batang hidung lagi. Tue la, menentang habis-habisan lagi, kan dah kena.

MY STORY

aku kenalkan dia dengan pejal. Aku kenal dia nie baru jek 4hari. Hari Sabtu lepas. Aku kenal dia masa aku ada test motor dalaman (QTI). Ntah cam ne ntah aku leh kenal. Aku nie pun sengal jugak. Stupid. Belajar jek tinggi-tingi tapi tak boleh nak fikir. Dia minta nombor telefon aku masa kat park motor. Aku pun dengan rela hati aku bagi dia. Lepas dapat tue, dia terus jek message aku. Aku kat office pun dia call-cal aku banyak kali.

Malam, dia nak jumpa aku. Aku ok jek sebab yek la, sebab sebelum tue aku ada tanya, GF dia tak marah ker. Dia cakap "kawan ramai ler, tapi belum betul-betul serius". Bodoh yek aku !!! Percaya kan!! Tiap-tiap malam mesti aku jumpa dia. Kalau sekejap tue aku tak kisah. Nie sampai 2 3 pagi duduk depan rumah berbual. Kalau korang ?? Rasa-rasanya percaya tak dia ada wife kalau dah duduk dengan korang kat depan rumah sampai tengah malam.

Tapi, pagi tadi aku dapat call. Suara perempuan :

Gurl : boleh cakap ngan ila
aku : yek saya. Kenapa ??
Gurl : ni wife pejal
aku : *blur.. damn much

Aku sampai sekarang rasa trauma. Sangat-sangat trauma. Sakit sangat hati nie. Kenapa la sampai macma tue kan. Tergamaknya, tipu dan buat aku macam nie. Apa sebenarnya adegan. Apa sebenarnya motif ?? Aku pun naik tak paham. Aku ker yang salah ?? Kenapa aku tak sedar ?? Kenapa aku tak perasan semua nie ?? Astrafirullahalazim. Mengucap panjang aku dengan semua ni. Kenapa semua nie jadi dekat aku. Tak abis lagi mengigil-gigil nie.


Wake up ila.. Must be strong. Aku betul-betul buntu.
Siap nak cerai bagai sebab aku. OMG !! cam ne la aku nak hadapi nie semua. Aku dah tak tahu nak cakap cam ne. Buntu sangat-sangat sampai aku tak leh nak buat apa-apa. Sebab aku, dieorang nak cerai. Berdosanya aku. 


Ya Allah.. Ko perlihakan la hubungan mereka. Tetapkan la hati mereka. Bukak la hati mereka untuk bersatu kembali. Aku berjanji, aku tidak akan ganggu hubungan meeka lagi. Aku tak mahu jadi PENGHALANG reationship mereka. Amin, Semoga Allah Mempermudahkan Urusan aku dan Keluarga Mereka... Amin


P/S ikhlas : Kalau nak kawan dengans eseorang tue, selidik lah asal usul dulu sebelum buat keputusan. Bila kita dah buat keputusan kita tak boleh berpatah balik. Dan yang akan rugi adalah kita. Fikirlah diri sendiri dulu sebelum diri orang lain.

8 comments:

Anonymous said...

errkkk......ada jugak lelaki mcm tu

norfadillah said...

kasih.annnur : tue ler pasal... stupid kan... argghh...!!!

Emma said...

ema pn penah kene sound ngn isteri org ni..huhu..
tp lepas clear sume bnda alhamdulillah la..
ema ngn wife blh jd kakak n adk angkt lg..

Adeela Hime said...

lelaki mcm ni bsepah....da kawen, tp ngaku single..nape xpakat ngn bini dia knekan dia?? eeee.... ----> geraaaaammm... geraaaammm...

atEhmIes said...

dilla...
simpati dgn dilla...
dan akak pun faham apa yg dilla rasai kini...
sebab..akak pun pernah kena...bukan setakat ckp kawan ramai tp yg serius tak de...siap dia boleh ckp wife dia dh meninggal..dan dia pnah kawin..tp biasalah org tak paham dia..

siap akak bg dia pinjam duit akak lagi...dpt je sume duit yg dia nak..tup2 muncul wife dia...bukan setakat sorang..dua org wife dia..mmg sial jantan tu...skang ni..akak tgh nk tunggu dia byr duit akak yg dia amik tu...

akak tabik sebab dilla taknak kat lelaki tu...akak pun sama...akak taknak terus dah dgn dia...mmg menyedihkan bila ditipu...tp at least dia tak tipu duit dilla lagi...

so..kuatkan hati..tabahkan jiwa...akak dulu separuh gila menanggungnya....hmm...tp Alhamdulillah....akak tak sampai gila...cuma skang ni tunggu je dia tunaikan janji dia yg dah setahun tu..

sabar yer dik...

norfadillah said...

emma : serius pernah lalui semua nie..
OMG !! skrg nie perempuan lebih ramai dari lelaki, sebab tue jadi cm nie kot.

norfadillah said...

AdeelaHimme : ntah la. Bini dia nie pun, senyap jek.. Dilla mls nak ganggu hubungan dieorang !!

norfadillah said...

atehmles : OMG, cerita akk lagi tragis. Siap pakai duit. And muncul 2 wife. ada jugak orang macam nie. Kenapa la banyak sangat manusia macam nie. Akk sangat kuat hadapi semua tue. Dilla rasa bersyukur sebab dapat tahu lebih awal dari sebelumnya.YUp, must strong. tak mahu lemah semangat !!!