Followers

Saturday, April 16, 2011

Hari Terakhir Berkhidmat

Hush, Seminggu aku tak updated blog. Gila la. Bersawang-sawang aku tengok. Kesian sungguh. Sebelum apa-apa, bagi aku kemaskan sikit-sikit blog nie. Biar tak bersawang. Hahahaaa...

Ok, settele. Teruskan *gedk*

Mood : SANGAT SEDIH

Kenapa aku amat-amat sedih?? Sebabnya, semalam adalah hari terakhir aku berkhidmat di tempat kerja lama kau. Sedih sangat. Walaupun aku nak tukar kerja da dibawah satu syarikat yang sama, tapi situasi akan sangat berbeza.Aku akan bertuka di HQ (Head Quarters). 

Berbeza sangat. Masa aku pun, akan terus berbeza sebabnya aku akan terhad dengan situasi kat sana. Dan, kerja lama kau flexible. Nak keluar sesuka hati,nak tertonggeng-tongeng sesuka hati, boss pun tak berapa nak ambik pusing dengan keadaan kitaorang. Seronokkan. 

Tapi, apa boleh buat, aku pun memang nak sangat tukar kerja. 2 tahun aku aku berkhidmat kat SITE MUAR tue, macam-macam jadi. Macam-macam kenangan yang aku pernah lalui ngan masa 2 tahun ni. Dan next week adalah pengalaman baru untuk aku. Adakah ia lebih baik?? entah la.




Sesungguhnya, kita tidak tahu apa yang jadi, esok, lusa. Tapi, kisah hari nie, semalam,kemarin adalah kenangan dan pengajaran untuk kita jad lebih matang. Semoga, urusan aku dipermudahkan.

Sunday, April 10, 2011

Masam-Masam Manis

Lelaki : Hye, Boleh berkenalan
Perempuan : hye, (senyum-senyum)
Lelaki : boleh minta no telefon??
Perempuan : 01*-*******

Mula-mula nak berkenalan, baik jek. Nak usha, nak rapat-rapat. Selalu sms, calls, chatting. Sekarang kan, kemudahan banyak. Macam-macam ada. Semua nya bermula dengan baik. Sangat-sangat baik. Dan akan menjadi sangat baik bila masing-masing meluah rasa yang ada dalam hati Berbunga-bunga mekar sehinggakan, mandi tak basah, makan tak kenyang. Bahgia jek selalu. Sampaikan senyum sorang-sorang bila baca sms dari dia. Senyum meleret sampai ke telinga bila dapat panggilan dari dia. (cerita macam aku jek nie).


Sedang ingin bercinta - DEWA

Tapi, setiap hubungan mesti ada masalah. Ada dugaan yang datang. Gaduh manja-manja tue adatlah kan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak hubungan percintaan. Namun, ada juga penyebab yang menjadikan gaduh manja jadi gaduh rebut taufan. Hush. Masa nie, dah tak ada gelak ketawa, senyum memanjang, tapi yang nampak cuma kusut masai dan muram durja. Relax ok.

Bila dah gaduh besar, perasaan saying mla berkurangan. Hanya kesalahan jek yang nampak. Yang baik semua hilang entah kemana. Sedih jugak. Memang sangat sedih bila fikirkan semua tue. Jage bertahun-tahun, kadang-kadang masalah kecik jek boleh jadi isu yang angat besar. Dan akhirnya, berpisah.

Bila berpisah, perlu ker kita jadi kan bekas kekasih kita sebagai kawan ?? Perlu ker kita berbaik dan menganggap dia sebagai akwna baik. Boleh ker hati masing-masing terima dnegan keadaan yang ada. Kalau pasangan kita tue ada kekasih baru, apa plak perasaan kita.? Boleh ke kita terima dengan hati yang snagat terbuka. Yeah !!! next entry akan ku bagi jawapannya. Ok….

Thursday, April 7, 2011

Tentang Perasaan KU ~~~

Pagi-pagi lagi dah rasa pening-pening. Apasal ntah dengan aku nie. Asyik tak sihat jek kebelkangan nie. Nak demam, tapi tak jadi demam. Nak muntah, tak leh nak muntah. Bahaya nie!!!

Perasaan aku ?? Sangat berbungga-bunga seperti baru mula-mula bercinta. Yup, dia sangat sweet dan aku rasa dia boleh bagi aku kebahagian. Tapi, kitaorang tak declare pape lagi untuk relationship ni. Tapi, dia selalu ada kat sisi aku. Romantik ?? Ntah, belum nampak kat mana dia romantik. Kita orang pun belum ada date lagi. Tak tahu lagi, lebih pada sms. Luah kan kat sms jek. Tapi, aku rasa aku cam fall in love with him.


My BFF kata, aku ngan dia nie sweet. Bila aku cecita ngan dia kitaorang punya story, dia kata sweet sangat. Dan aku tak tahu la.Betul ker tak. Apa perasaan aku?? kadang-kadang rasa suka. Kadang-kadang rasa bahagia. Kadan-kadang rasa rindu. Opsss... Semua yek berbunya-bunga nie. Aku fall in love ker nie?? gawat ini cerita. 

Dia datang tanpa diduga. Dan aku tak tahu bila dia akan pergi dalam hidup aku. Buat masa nie, bagi aku dia adalah anugerah yang Allah turun kan bila aku memerlukan HERO untuk selamatkan aku dengan keadaan sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Dia bagi aku ujian yang besar dan dia datangkan aku nikmat selepas ujian itu. Syukur Alhamdulillah. 

Namun, walaupun aku sedang berbunga-bunga mekar melayan perasaan aku, namun masih jugak ada masalah yang datang. ye, bekas kekasih lama muncul kembali. Cam ne tue?? Aduhai.. Aku rasa bersalah, tapi  aku sendiri tak tahu. Aku dah tak ada perasaan dah kat dia. ZERO. Tapi dia?? masih mengharap aku kembali. Dia masih mahukan aku hidup dengan dia. Tapi, sampai bila aku nak terus buat hubungan dengan dia. hanya mahu enjoy dan tak mahu ada pape komitmen dengan step-step selepas tue. Sampai bila??

Aku mula keliru dengan semua yang datang. Ujian Allah, sentiasa ada. Cuba kita pandai untuk handle ataupun tidak. Kan.. kan.. Aku tak tahu sampai bila aku nak amcma nie. Mencari lelaki masa depan aku tak sudah-sudah. Aku mahukan lelaki "sudikah kamu menjadi isteri aku" , bukan nya, "sudikah kamu menjadi kekasihku". Kalau kornag pilih yang mana??



Semoga, Allah beri aku petunjuk ke jalan yang benar. Yang membawa aku kearah kebahagiaan. Amin... 

Kepada kamu : Kamu tahu perasaan aku. Semoga hubungan kita di permudahkan. Amin. Niat kita baik dan semoga semua yek baik-baik sahaja.



Kepada bekas kekasih ku : Percaya la, kamu akan dapat lebih baik dari saya. Kamu baik orangnya. Saya percaya awak akan dapat lebih baik. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak.