Betul kate Ben Ashaari, blog bukan la tempat meluahkan perasaaan, memaki hamun menghina orang. Aku amat setuju. Kalau bukan sekarang mungkin esok, minggu depan. bulan depa pasti ada yang baca blog kita nie. Sejauh mana kita nak sembunyikan blog kita nie kan.
Ok, dulu, aku rasa blog nie adalah tempat aku meluahkan rasa hati aku. Bercerita pasal apa jek. Meluahkan ketidakpuasan hati aku kat blog nie. Meluahkan rasa gembira aku kat semua orang. Sebab aku rasa nak kongsi dengan semua readers2.
Tapi, bila ada sesetengah orang yang menyalah tafsirkan aku punya entry, dan membuat mereka terasa, apa yang aku boleh buat?? Niat aku mungkin betul meluahkan rasa sedih aku, tapi bagi mereka, aku membuka aib mereka. Sama2 terasa dan terus terasa , dan akhirnya kecik hati dan bergaduh boleh terjadi.
Walaupun blog aku nie baru lagi, followers pun masih sikit, tapi aku berusaha untuk promote dengan macam2 cara. Dengan ping entry2 baru aku kat Facebook. Jadi, followers mahupun mereka yang tidak mepunyai blog juga masih boleh membaca blog aku nie.
Sejak dari apa yang terjadi, aku serik nak luahkan perasaan aku kat dalam blog nie. Mungkin kalau aku nak meluahkan rasa hati aku nie, aku hanya perlu buat kesimpulan jek. Aku tak perlu menceritakan yang itu adalah aku. Betul tak..kan..kan...
Zaman sekarang nie moden, semua dihujung jari. Search apa sahaja kat cik GOGGLE, comfirm ada punya. Zaman sekarng serba moden, dan kita kena ler menggunakan dengan bijak. Dan berhati-hati.
P/S : Berhati2 la menulis apa-apa entry. Aku amat2 setuju ngan entry BEN ASHAARI tue. Sebab dah terjadi pun kat aku nie. Sedihkan kalau orang salah tafsir. Dan kita boleh kehilangan seorang kawan, sedara dan seangkatan dengannya.
No comments:
Post a Comment