Followers

Sunday, February 27, 2011

Kembar Siang - Terbaik!!

tettt... tettt..

BFF : yunk, u kat mana
ME : i kat kg, Nape u..
BFF : kuar jom? i boring r.. pls..:(
ME : kul berapa?? i baru bangu nie.. hehehe
BFF : xkisah la.. u selesa n blh siap kul berapa.. k?

Nie adalah message aku with BFF aku, Dyah. Dia ajak aku kuar + dating. Planning g BPMall. Dalam kul2 lebih aku sampai BPMall. Lambat lor, sbb aku nek public transport. Aku datang dengan adik perempuan aku yang kecik, dan dia datang dengan 2orang anak buah dia yang cute. he6.. Dalam bas, my BFF cal ajak tgk wayang, i on jek sbb lama gak tak tgk wayang kan. so i follow jek. Kitaorang tengok cite KEMBAR SIANG.

Barisan-barisan pelakon adalah Kamal Adli, Intan Ladyana, Mat Over, Sabri Yunus, Sathiya, Syanie, Zul Handyblack, Zaibo, Rozita Che Wan, Mazlan Pet Pet dan Hamid Gurkha. Cerita ni merupakan filem komedi terbaru terbitan Metrowealth Movie Production Sdn Bhd yang diarahkan oleh Hatta Azad Khan dan diterbitkan oleh David Teo.

Cerita nie, berkisahkan unsur komedi. Dah nama pun komedikan, sah-sah la cerita  kelakar. Serius aku cakap, cerita nie memang amat-amat kelakar. Adik perempaun aku punya ketawa macam dia sorang jek tengok cerita tue. Aku pun ikut ketawa terbahak-bahak. 



Ok, cite ni aku bagi 8/10 la. Seronok cerita nie. Kalau kornag nak tau sinopsis cite nie, korang leh g sini. Korang boleh baca sendiri jalan cerita dia. Seronok. Walaupun kelakar, still ada nila-nilai pengajaran.

Sesapa yang tension, boleh la tengok cerita nie. Comfirm korang terus lupa sekejap pasal masalah korang tue. Macam aku, terus hilang sikit masalah aku. Alhamdulillah. BTW, TQ a lot my BFF.. U always with me. Muaahh..:)


Betul Kata Ben Ashaari !!!

Betul kate Ben Ashaari, blog bukan la tempat meluahkan perasaaan, memaki hamun menghina orang. Aku amat setuju. Kalau bukan sekarang mungkin esok, minggu depan. bulan depa pasti ada yang baca blog kita nie. Sejauh mana kita nak sembunyikan blog kita nie kan. 

Ok, dulu, aku rasa blog nie adalah tempat aku meluahkan rasa hati aku. Bercerita pasal apa jek. Meluahkan ketidakpuasan hati aku kat blog nie. Meluahkan rasa gembira aku kat semua orang. Sebab aku rasa nak kongsi dengan semua readers2.

Tapi, bila ada sesetengah orang yang menyalah tafsirkan aku punya entry, dan membuat mereka terasa, apa yang aku boleh buat?? Niat aku mungkin betul meluahkan rasa sedih aku, tapi bagi mereka, aku membuka aib mereka. Sama2 terasa dan terus terasa , dan akhirnya kecik hati dan bergaduh boleh terjadi.

Walaupun blog aku nie baru lagi, followers pun masih sikit, tapi aku berusaha untuk promote dengan macam2 cara. Dengan ping entry2 baru aku kat Facebook. Jadi, followers mahupun  mereka yang tidak mepunyai blog juga masih boleh membaca blog aku nie.

Sejak dari apa yang terjadi, aku serik nak luahkan perasaan aku kat dalam blog nie. Mungkin kalau aku nak meluahkan rasa hati aku nie, aku hanya perlu buat kesimpulan jek. Aku tak perlu menceritakan yang itu adalah aku. Betul tak..kan..kan... 

Zaman sekarang nie moden, semua dihujung jari. Search apa sahaja kat cik GOGGLE, comfirm ada punya. Zaman sekarng serba moden, dan kita kena ler menggunakan dengan bijak. Dan berhati-hati.

P/S : Berhati2 la menulis apa-apa entry. Aku amat2 setuju ngan entry BEN ASHAARI tue. Sebab dah terjadi pun kat aku nie. Sedihkan kalau orang salah tafsir. Dan kita boleh kehilangan seorang kawan, sedara dan seangkatan dengannya.


Saturday, February 26, 2011

Perempuan Gedik !!!


Gedik !! yeah... Aku memang pun perempuan yang gedik.. Kenapa??? Sila Klik. Mana yek aku nie tak gedik. Baru sebulan aku guna URL baru. Pas tue, hari nie aku kena tukar lagi URL lain. Kesian akt followers2 aku yang da follow tue. Aku tanya kat SB dieorang ckp, followers takan dapat cri lagi blog aku. Sedih sangat. Walaupun followers aku tue sikit sangat2, tak sampai pun 100 tapi aku sayang sangat dan berterima kasih sebab sudi follow newbie cam aku nie kan. Banyak lagi yang aku kena belajar. Nuffnang pun tak masuk2 lagi.. hihhihiii


Kenapa aku tukar URL kali nie??
Aku tukar URL aku nie, sebab ada seorang hamba Allah, dia tak dapat nak terima blog aku nie. Dia cakap, aku ni da aib kan dia. Dia cakap, aku nie da jatuhkan maruah die. Aku buat blog nie untuk aku meluahkan apa sahaja yang ada kat hati aku ni. Apa yang aku pendam dan terbuku kat hati aku nie. So...Bila dia tak leh terima siap suruh aku delete entry2 yang ada kat blog aku nie. Aku rasa amat sedih la. So, jalan terbaik, aku tak nak dia tau aku ada blog dan aku tak nak dia baca blog aku dengan cara aku tukar URL.  Aku sayang URL lama aku, sedap jek dengar, tapi tak pe la, untuk kepentingan bersama. Untuk kepuasan hati semua orang. Aku tak nak sakitkan mana2 pihak. aku terpaksa berkorban la sikit yek.

Aku harap, emua orang boleh terima blog aku nie dengan hati terbuka. Kalau ada salah silap tegur la cara baik. InsyaAllah  aku boleh terima degan hati terbuka..

Dan sekarang nie la blog baru aku...

Friday, February 25, 2011

Berdosa ker~~

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengampun Lagi Maha Mengetahui...

Short Entry

Kita ni, Manusia di muka Bumi. Menumpang di Bumi-Nya. 

Andai ada manusia yang berbuat salah kat korang. Korang maafkan dia tak.?? Aku ni sensitif orangnya, cepat sangat lembut hati dan memaafkan orang. Tapi kali nie, aku sendiri tak tau nak maaf kan ker tak.

Kalau manusia berbuat salah kepada Allah, kita memohon kemaafan dari-Nya. Tapi kalau buat salah dengan sesama manusia, lebih baik minta maaf kepada manusia itu.

Apa harus aku buat?? Korang bagi aku pendapat boleh?? Berdosa tak kalau aku tak nak maafkan dia?? Pendendam ker aku??

Sedangkan Allah swt. boley maafkan hambaNya, Nabi maafkan umatnya, Ni kan kita sesama manusia?? kan.. kan.. kan....

Ntah la....

FaceBlog

Sangat tak ada idea... So mengaku, COPY AND PASTE from FaceBlog


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Habis Madu Sepah Dibuang

Gulp... Tajuk tak boleh bla....hahahaa....

Aku ingat bila bercinta-cinta nie jek ada ayat Habis Madu Sepah Dibuang. Tapi tak semestinya bercinta pun bagi aku boleh guna peribahasa ni. Tapi bagi aku la.. Tak tau plak bagi korang semua ye tak???

Ok. aku nak gunakan peribahasa ni untuk "seseorang" yang aku anggap dia kawan. Tapi, ntah la kalau korang tanya aku sekarang aku masih nak anggap dia kawan ataupun tidak setelah apa yang aku dengar dan apa yang aku da lalui ni. Aku sendiri tak dapat nak jawab soalan tue.

Biasala, lumrah manusia, sayang benda yang baru, tapi bila da buruk simpan, dan paling teruk buang ,merata2. Tu lagi la sedih bila terpikir balikkan. Macam apa yang aku lalui sekarang, dulu masa baru2 lagi aku la intan payung, ditatang2 bagai minyak yang penuh, tapi bila da setahun dua pakai,da tak nak, dah buruk buang aku merata2. Ada jek benda yang tak puas hati. tak boleh silap sikit. Macam2 maki hamun dikeluarkan.

Manusia ni cepat lupa. Bila dia ada diatas, dia lupa untuk lihat dibawah. kita sebagai sesama manusia sentiasa la menasihati sesama sendiri. Semoga kita tidak jagi seperti mereka. Allah lebih mengetahuinya kan. So kita sabar jek la. Mungkin selama nie aku ada buat salah yang aku sendiri tak sedar. So nie la balasannya.

Dan kepada "sesorang" tue, buka la hati seluas2 yek. Jangan asyik ank hina orang yang bawahan. Ingat, kita datang dari-Nya, Dan kita akn kembali kepada-Nya jugak!! Amin, aku doakan yang terbaik jek..

Pagi Jumaat Yang Indah

Alhamdullilah. Pagi ni aku masih diberi peluang untuk bernafas oleh-Nya. Syukur Alhamdulullah. Semoga Rezeki-Nya berliapt kali ganda untuk hari ini. AMIN..... So U alls.. Cam ne hari nie??? ada baik ker?? Aku  doakan korang pun berkeadaan baik sahaja. Amin....

Macam biasa la, aku pagi2 masuk kerja pukul8. Sunyi je office nie. Cam nie la construction. Selalunya tak punctual. Dan aku plak jenis tak suka kalau orang tak tepati masa ni. Walaupun kekadang aku sendiri tak tepati masakan. He He...

Semoga hari-hari aku begitu indah semula selepas banyak benda yang berlaku untuk minggu ini. Aku doakan semuanya baik3 sahaja... Amin..

To readers : I pun harap, u all sentiasa bahagia dan selalu tersenyum. Dan semoga apa yang kita perolehi hari ni, diberkati oleh Allah.. Amin...

Thursday, February 24, 2011

SAYA NAK ! SAYA NAK !

Lama sangat tak updated pape... Rindu sangat nak menaip3...

join segmen jek lor...

SAYA NAK ! SAYA NAK !
oleh  ABANG BEN

Monday, February 21, 2011

Surat Letak Jawatan

Lamanya I tak updated blog nie. Rindu sangat nak tulis sesuatu yang terpendam kat hati nie. Tapi nak buat macamana, keadaan tak mengizikan I tu terus updated my luvly blog ni. Walaupun I tak update blog, tapi hari2 I akan spend masa untuk buka blog and jadi silent readers.

Ok.. Berbalik pada tajuk entry kali nie. Yup..Hari nie dalam sejarah, I pegi hantar surat resign iaitu Surat Letak Jawatan. Pagi2 ingat nak mulakan minggu dengan senyuman. Dengan rasa happy memanjang. Namun, semua tue hanya khyalan setelah berbagai3 benda yang terjadi kat dalam my office tadi. Oh My God!! Crazy giler.. I rasa macam down sangat bila I terbaca satu status kat Facebook nie. I mengucap panjang. I nie, kalau buat kerja. I akan sambil2 tengok Facebook. Sebab mana tau kawan2 updated status kan.. So I pun tak ketinggalan. Tapi, status yang nie...I rasa sangat sentap!! Sebab tue, i nekad tue hantar Surat Letak Jawatan.

::tak perlulah tarik perhatian seseorang dengan cara memburuk kan orang lain...tak kemana pun diri tur nanti..tak payah jadi manusia hipokrit yer...(^,^)


I sabar jek lepas baca status tue. Walaupun dia tak mention nama I kat situ, tapi i tau ditujukan dekat siapa. I diam dan terus nekad cari contoh macamana nak buat Surat Letak Jawatan nie. I taip dengan rasa sedih sangat dan terfikir kenapa I ekna buat semua nie. Tapi bagi I tue semua rezeki.

Sebelum kuar lunch, I pegi jumpa My Incik Boss yang sporting tue. I buat2 la tanya dia pasal kerja dan lepas tue I bagi die surat tu. Die senyum jek. [tue la boss I].

Dia suruh I cerita kenapa nak berenti kerja. I nie hati taman. Belum cerita lagi dah menangis macam hujan. Sedih sangat masa tu. I luahan apa jek yang ada dalam hati I ni. Dia dengar dan bagi semangat. Sepanjang2 I cerita dengan dia tu, I menangis tak sudah2. Sampai malu dibuatnya. Dia suruh I kuat semangat. Dan jangan mudah mengalah.

me : Saya tak leh boss. Saya kena undur diri jugak
MIB: Takkan sebab benda kecik U nak mengalah.

MIB : I tak terima Surat Letak Jawatan nie. Kita tunggu End of This March oke. Baru kita cerita pasal ni. Melainkan u ada offer yang lebih baik, tunjuk offer letter dekat saya.
me : *menangis...oke..boss janji ek..
MIB : oke...janji...
me : ok..Terima kasih Boss...

Dengan muka segan2 baru lepas nangis, masuk bilik admin. Kena gelak jek ngan dieorang. 

Hakikatnya, I ada 1bulan 1minggu lagi nak countdown apa yang jadi... Namun, Mampu ker I hadapi??

P/S : Kenapa I nekad nak berenti kerja?? T i story molly ok

Thursday, February 17, 2011

Kebahagian Dalam Perpisahan


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan

Perlu ker diperlakukan seperti ini


Kita manusia yang tak lari dari membuat kesilapan. Manusia mmg takkan lari dari buat kesilapan. Sebab kita bukan Tuhan, kita bukan Nabi.


Wednesday, February 16, 2011

Cinta DihatiKu~~

Cinta tak boleh dipaksa. Cinta datang tanpa diundang. Dan cinta juga boleh pergi tanpa kerelaan hati. Namun, sapa kita nak elak semua tu terjadi. Macam aku juga. Ada perasan, ada hati, Namun boleh ker aku terus menafikan yang aku tak ada perasaan?? Tak ada hati?? Sampai bila aku nak rasa berpura-pura untuk terukan hubungan yang ada?? Tapi hati aku meronta3 untuk terus tidak bersama. Allah Maha Adil. Maha Mengetahui. Dia tau apa yang terbaik untuk masa depan setiap manusia dimuka bumi ni. Tapi, boleh ker aku?? Kuat ker aku untuk hadapi semua yek.

Cinta manusia hanya didunia dan Cinta pada-Nya, Kekal selamanya. Namun, Allah amat Adil. DIA ciptakan semua didunia nie berpasangan. Langit dengan Bumi. Laut dengan Darat. Kumbang dengan Bunga. Macam tue juga manusia, Lelaki dengan Perempuan. Tue semua Fitrah alam. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Macam aku, aku juga ada perasaan sama seperti semua manusia3 yang lain. Memerlukan cinta. Itu semua lumrah manusia. Cinta yang benar3 hadir tanpa paksaan. Cinta yang ada dalam hati sentiasa mekar dan ada selalu. Tak semestinya, aku bersama seseorang aku jadi seorang yang hiprokrit. Senyum lebar3 depan orang, tapi hati? Perit macam hempedu!! Hush!! Tak mo oke macam tue!!

Cinta nie tak boleh dipaksa. Kalau dipaksa hati pun jadi tak tenang dan selalu akan rasa tak seronok nak buat sesuatu. Cinta ni akan datang sendiri. Sapa kita untuk menolak perasaan cinta. Sapa kita untuk meolak perasaan sayang dan sapa kita untuk menolak perasaan rindu!!

So, jangan paksa aku untuk menyintai orang yang aku tak cintai. Aku juga ada hak. Untuk menyintai. Memang betul, pilih orang yang menyintai kita, dah memang sahih dia menyintai kita. Kalau kita sendiri yang tak boleh terima orang yang menyintai kita. What I can say??

Tuesday, February 15, 2011

Fitri and Farah Wedding Day

13 Februari 2011 - Ahad, I ada g wedding my class-mate masa Sekolah Teknik dulu. Farah and Fitri. Cinta zaman sekolah akhirnya berakhir dijinjang pelamin. Tapi, dieorang nie couple after sekolah jugak !! Sweet jek tengok dieorang nie!!

Wedding nie berlangsung kat Felda Maokil, Segamat. Happening gile. Sebab ramai jugak member3 yang datang! Seronok gile I. Ada yang I tak jumpa da 6tahun. After SPM terus buat ahluan masing-masing and tak contact, and kira dah macam mini reunion jugak la nie.. Hahaha..2 in 1.. Save budjet kan!!!! Thema dieorang HIJAU. Cantik hijau yek. Sesuai ngan pasangan. Cantik sekali!!

I ada snap picture masa wedding dieorang. Meh kita layan picture oke!!

 Fitri (macam pahlawan ma..hahaha..)

 Farah (santek sangat!!)

Mak Andam *Murni* Kutip duit "tol"

 akhirnya mereka disatukan!!

 sama cantik sama padan..kan..kan..kan...

 men baling gula3 plak pasangan nie..kihkihhh *sweet oke!!

 antara yang hadir [nie pun ada yang tak masuk+dah balik awal!!] *hampeh!!
 with ika !! {kamu kurus,nak jadi macam kamu!!]

 Sweet Oke!!

aloo...manja yek!!

I doakan jodoh kamo berdua berpanjangan hingga akhir hayat and happy selalu!! 

Pesanan untuk pengantin :
Farah aku tak sabar nak tengok baby ko plak!! Hahahaha...
Fith, ko jaga farah baik3 tau!!!

Turn tuan punya tanah nie ntah bila lor....

Monday, February 14, 2011

Luahan Hati ~

Hari nie I g wedding kat Segamat. Sampai jek sana da lambat juga. Pengantin dah nak berarak + sanding. I masih terkedek-kedek lagi. Dari jauh dah nampak ramai kawan2  sekolah dulu. Malas nak jumpa dieorang dulu, so terus cari bilik pengantin cari pengantin. Hahahahaaa.... Kuar dari bilik pengantin jek, Baru jumpa kawan2. Tak sempat makan lagi, pengantin dah nak sanding. G snap3 gambar pengantin tengah sanding.. Macam-macam ragam. Kelakar jugak!! Pertama kali tengok pengantin lelaki banyak cakap bila kena tol. Hahahaa... I siap sound lagi dari tepi, "Pengantin mane leh jawab pape, Senyap jek lar" ahahaa.. Padan muka dia!!..

Seronok sangat dapat jumpa dieorang. Masa nie la baru nak jumpa. Kalau nak harapkan renioun memang tak ada la nak kumpul macam nie! Even jumpa dieorang nie kejap, tapi sekejap tue la guna masa yang cukup untuk bertukar semua yang ada. I mean dari segi pengalaman, kerja, story, and macam-macam lagi la. Hilang tension I gelak-gelak + sakat menyakat ngan mereka. Ada yang teasa tapi even terasa pun still happy and boleh gelak. Kalau la I boleh gelak macam tadi hari2.

Nie da dekat pukul2.30am. Jap ag pukul8.00a.m dah nak masuk kerja. Hushhh!! Amat tension oke!! Kenapa la tercampak dekat tempat yang paling tension nie. Sangat3 menyakitkan hati!! Ntah berapa lama lagi yang I perlu tunggu untuk I terus bertahan dalam compony nie! Husshh!!! Tension yek!! (Ya Allah, Kau jek yang tahu hati aku!!). Hampir setiap hari I nak ken atengok benda yang sama. Dan akhirnya, I juga yang menangis. Entah lor!! I pun tak paham!! Kenapa jadi macam nie. 

Semoga hari-hari yang mendatang adalah yang terbaik untuk I.. Wishh me LUCK!! Tak larat dah!! SEmoga semua yang jadi berjalan lancar. Dan I terus boleh tesenyum dengan gembira yek... Always Pray I'm Lucky !

Saturday, February 12, 2011

Wedding

Oh My God !! This Week Full of Wedding. I ada 2 tempat untuk minggu nie. Hari nie, dekat Batu Pahat, Simpang 5. Kira kawan baik sekolah masa sekolah menegah rendah. Norfardina. Esok, dekat Segamat, Felda Maokil, nie kawan 1 kelas masa I sekolah dekat Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. - Farahana dan Fitri 

Masing-masing mahu mendirikan rumahtangga. Seronoknya tengok kawan-kawan yang dulu sama-sama rehat pergi kantin masa sekolah, panjat pokok pelam bila habis sekolah, dah nak naik pelamin. Cepat sangat masa berlalu. Tak sedar pun yang I ada ada kat alam macam ni. Dulu, I rasa macam lama jek lagi nak ke-arah macam ni. Kecik-kecik lagi, mana ada nak g majlis kahwin kawan-kawan kan, but now I kena buat. Kenapa?? Sebab lumrah hidupkan. Sekarang g wedding kawan3. Sok bila dah kahwin, g umah kawan-kawan g wedding anak kawan plak. Lumrah yang sama macam parents kita juga. 

Yeah !! I sebenarnya tak sabar sangat nak g wedding dieorang nie. Kenapa?? Sebab yek masa ni la I dapat jumpa kawan-kawan yang da lama I tak jumpa. Sebab tue rasa macam teruja sangat nak pergi. Seronok gelak-gelak and kongsi cerita ngan mereka2 nie. Bila dah ramai-ramai macam nie, boleh la tukar3 pendapat, kongsi cerita, gelak sampai nak pengsan, usha-usha boyfriend or girlfriend, and paling best (kot la..) dapat jumpa kekasih lama. Hhahahaa..*Gelak jahat. Best wwoooo... (Tapi bf aku masa kat sekolah dah kahwin). Kan seronok tue !!! Serius, sangat teruja. 

Paling sangat-sangat teruja, mesti la tengok kawan-kawan yang baik dengan kita nie naik pelamin. Seronok kan. Pakai dress santek3. sangat teruja oke !!

And last : I asyik g wedding orang jek kan !!! I bila lagi??? *duk pandang langit.. Hhahahahaa..InsyaAllah ada rezeki, ada jodoh.. Kahwin ler I..


P/S : pic I-City malam nanti I updated ek. Tak sempat lor..

Friday, February 11, 2011

Handphone

Mesti selalu dengar kan jenama handphone Sony Ericsson, Nokia, Samsung, HTC, Blackberry, I-Phone, macam-macam lagi la. Zaman sekarang nie, orang pakai handphone nie macam tukar-tukar baju jek kan. Canggih2 semuanya. 

Dari I Final Year kat Politeknik, I pakai Handphone Jenama sony ericcson- W660. mase I beli tue tak silap I harga dia RM5++. Disebabkan I nie student mase tue, dengan harga yang macam tue dikategorikan sangat mahal. *gatal sangat nak tukar handphone. Sampai la I berkerja, I masih guna handphone tue. Sayang sangat dekat dia. sebab die nie tahan lasak, dah berapa kali jatuh pun still ok lagi Sebab tue I sayang sangat dekat dia.

Tapi....Handphone nie pun macam manusia juga, tiba masa die akan sakit. Minta ubat. Minta antibiotik. Mula la mengada3 dia. Tue pun sebab selalu snagat kot baling-baling die bila tension. I pun tak paham kenapa, rasa kepuasan sangat kalau dapat baling handphone bila tension nie. dan akhirnya padahnya dekat I juga, die rosak. Sedih sangat. 

W660 - nie ler rupa handphone kesayangan I tue

Atas jasa baik BF I die suruh I guna handphone dia. Pinjam kat dia ler. Dia bagi pinjam pun sebab dia beli handphone lain. So handphone nie tak de orang guna, I guna la sebab handphone I rosakkan. So I guna la handphone dia Sony Ericsson - G705
G705 *hp pinjam jek

I suka pakai handphone sebab die leh WIFI. hehehe..Orang macam I yang gila Facebook, suka ler kan.I baru jek pakai handphone nie dalam 3 or 4 bulan macam tu la, dia buat perangai. Sedih gila. Tension pun yek juga. Masa kat tangan tuan yek tak de plak die buat perangai. Apa la nasib I kan pakai handphone orang pun rosak.

So, sebab I nie tak leh hidup tanpa handphone. Terpaksa ler I beli handphone baru. Tapi masalah yek... Duit oh duit. Mane kamu... Duit tak da nak li handphone. Sedih lagi....

And lastly, I buat keputusan I beli handphone nie.......
-
-
-
-
-
Nokia 1280

Kenapa I beli handphone nie?? Sebab dia Murah.  I beli RM85. So kalau rosak or hilang I tak rasa ralat dan sedih sangat kan. Bijak tak I. Heheheee..... So, berbelanja la dengan bijak !!!

P/S : I da g hantar dua2 handphone yang rosak nie masuk hospital. So tak tau la "dieorang" akan sihat atau akan meninggalkan I untuk selama-lamanya. Doakan untuk "mereka" yek !!!


Thursday, February 10, 2011

Berbisiklah pada hati~~

Hari pertama setelah I cuti yang agak lama. Lain sangat suasananya. Perlu ada momentem yang banyak untuk I terus hadapi segala yang ada. Ya Allah, permudahkan ler urusan-Ku. Macam-macam I rasa hari ni ! Dari semalam, fikir untuk tampil lebih motived. WHY?? I need it because I must stay and completed all my task in this compony! hush !!! Susah dan berat rasanya. Tapi i sendiri yakin I boleh tunggu. 2tahun I ada kat sini. Macam-macam orang I kenal. Dari yang baik dan tak baik. Macam-macam benda I belajar!! Kenal dunia yang dinamakan CONSRUCTION!!!So, apa salahnya I tunggu sikit masa lagi.

Hari-hari terus berlalu. Sekarang bulan Februari, cepat sangat masa berlalu dan I tetap ada disini. Kuatkan hati I semoga I dapat rasa kemanisan satu hari nanti. I yakin pada hati, I yakin pada takdir. Andai ada rezeki I ada kat sini, masih ada kemanisan disini. Hari ke hari, I cuba untuk teruskan apa yang i rasa patut disini. Pujuk hati semoga tetap sabar dan terus sabar.

Berbisik pada hati BERSABAR la wahai hati. Kamu yakin boleh lakukan ! Ya !! U can do it. Wish Me Luck !! InsyaAllah I pasti berjaya !!!

Tuesday, February 8, 2011

Rezeki itu datang dari Allah

Sesungguhnya kita kena percaya. Rezeki itu datang dari Allah. Allah menguji Hambanya dengan pelbagai cara. Sekiranya kita diuji, bermakna Allah ingin kita kuat dalam menempuhi segala cabaran dan ujian-Nya. Allah tidak akan berlaku zalim keatas mahluknya kerana Allah akan menurunkan ujian pada hambanya yang hanya mampu untuk menghadapi ujian itu. Kita harus bersyukur.

Alhamdulillah

Monday, February 7, 2011

Alhamdulillah ~

Short Entry

Bersyurkur Kepada Tuhan
Sangat-sangat bersyukur

TENANG sangat sekarang...
Cuti yang panjang nie buat aku amat2 TENANG !
Alhamdulillah..

Semoga Ketenangan ini berpanjangan dan sentiasa berulang...

ALHAMDULILLAH

THANK YOU a LOT GOD !

Sunday, February 6, 2011

1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


Ni Adalah Segmen dari Abang Ben..

Syarat :

1. Letak header Ben Ashaari Blog
* Done
2. Tajuk : 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI
* Done
3. Tulis : SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
* Done
4. Tinggal URL di entry BEN ASHAARI
* Ok...


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

* DONE !!!


Thursday, February 3, 2011

Saya Blogger Ikon Mengucapkan Happy Chinesse New Year

Nie adalah first contest I spanjang saya berbelog...
Sebab I baru lagi dalam berbelog nie...
Nak join contest pun malu-malu...
Disebabkan Sahabat Blogger nie banyak bantu I kenal blogger2 kat MAlaysia nie...So, I buta keputusan I nak join contest nie...


Syarat2

1. Copy and Paste Banner


Ok..Done

2. Letak gambar Pakai Baju Merah




Oke...Done

3. Buat Ucapan ala-ala Duta Blogger
*alamak nie yang susah nie...

Saya Norfadillah Binti Roslan selaku duta blogger Malaysia ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat kaum Cina yang merayakannya. Semoga tahun ini memberi kita semua kejayaan dan kecermerlangan. Saya juga berharap, Tahun Arnab ini membawa seribu kemanisan dalam hidup kta semua..Kita 1Malaysia  berharap Malaysia akan terus aman dan makmur. Bagi yang ingin pulang ke kampung, pandu dengan berhati dan berwaspada semoga kita semua dapat merayakan dan bergembira bersama orang tersayang. Akhir kata dari saya, Gong Xi Fa Cai.

Oke...Done

4. Link pada SAHABAT BLOGGER

Oke..Done

*siap sudah contest pertama saya...
*contest mengada-ngada name yek nie...hahahaa

Happy Chinese New Year

Happy Chinese New Year....
Tahun nie merupakan Tahun Arnab...*comelkan arnab...
Apa yang istemewanya ngan tahun nie??? YA!! sgt istemewa...sebab..saya pun dilahirkan pada tahun arnab..

Antara tahun lain yang berkongsi tahun arnab adalah tahun 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999...

Tahun arnab dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan.

Antara keperibadi seseoang yang lahir ada tahun arnab nie adalah

Lelaki
  • mereka sangat bijaksana
  • sentiasa mendengar kata 
  • bersopa santun
  • seorang yang sangat diplomatik
  • jarang berkonfrontasi 
Perempuan
  • seorang yang sangat bijaksana
  • bertimbangrasa
  • serang yang sangat baik hati
  • suka melihat orang lain gembira
  • tidak sombong
  • seorang yang sangat licik
Secara jujurnya...tak semua betulkan...nie semua adalah ramalan2 orang cina...I cari jek kat Incik Goggle..
Tapi bab yang suka mengembirakan hati orang len tue betul kot...Sebab I memang cam tue..Suka tengok orang lain gembira ...yang lain2 I tak leh nak jugde diri I sendiri...orang len yang kena jugde...betul tak???

Tahun Arnab nie ada unsur2 juga...

meh kite check it out

nie adalah unsur2 untuk Tahun Arnab

So I adalah Arnab Api...hehehe..patut ler I nie garang sikit orangnya...ARNAB API rupanya...
So sesapa yang berkongi tahun ngan I kite sama2 ler Arnab Api ye tak??dan yang lain2 yang lahir  tahun arnab juga, KAMU Arnab apa ek??

jom kita layan pic arnab-arnab...yang sangat comel+cute...


Gunjut * nie adalah kepunyaan Nana GF adk BF I 
sangat putih+bersih...
(Nana ila ambik gambar nie tau) *peace


Karina * nie pun kepunyaan Nana juga..
(Nana ila ambik gambar nie juga tau) *peace


* Karina dan Gunjut
(Nana ila ambik gambar nie juga tau) *peace


Wednesday, February 2, 2011

Email dari RedMummy~~ teruja!!!

I nie da tua+ manyak akan semut kot
I pun lupa...bila I ada email RedMummy...
Maybe lepas I baca entry die yang semalam
teruja sangat2 ngan income yang die dapat untuk bulan Januari...
klu u all nak tau berapa income die...click jek link nie

** teruja ngan angka2 tue??
cam tue ler I teruja ngan angka2 tue...
sgt2 banyak oke...

oke...berbalik ngan email yang I terima dr RM...
macam2 ada kat situ..
kena ler selongkar satu-satu...


(nie kandungan email yang I terima)

I pelik ler...ada orang cakap RM nie berlagak..
I nie blogger baru..
die boleh jek reply email I...
tak tau "celah" mane die berlagak...

pape pun than'z a lot to RedMummy
sebab sudi tunjuk ajar + reply email blogger baru macam saya...


p/s : don't judge a book by its cover..

home sweet home

pagi datang ofis dengan muka tempe...
datang lambat...dekat 8.30a.m baru masuk...
mood : holiday..
dalam hati...tak pe la...
da nak balik kan...sabar ek...
8 jam jek lagi....

* TETIBA...datang idea....
jumpa My Incik Boss....

dengan muka tak malu...
minta permission half day...
mula2 dia tak bagi juga...3 kali tanya soalan yang sama..
jawapan die tetap sama...
TAK BOLEH !!! * sambik senyum+gelak2
I pun keluar ngan muka tension....dalam hati...ada die senyum ngan gelak jek...
tetiba....dia panggil balik...(dia nak ubah fikiran ker)

Boss : Kalau nak balik half day...pastikan bilik meeting bersih..Present ngan saya hri sabtu nie nak makan apa untuk Deligasi Mogolia Sabtu nie
Me : oke boss...sye akan pastikan semua tiptop...*berlari bagitahu semua staff( I mmg mcm budak2 sikit kat dalam ofis ni)

** sportingkan Boss ...padahal semua da settle..

So..hari nie..I half day..

NOW....
I da kat rumah...
bahagia yek rasa bila ada kat rumah nie...
dengan orang-orang tersayang saya...


nie ler rumah kesayangan saya....

Tuesday, February 1, 2011

tolong saya...bantu saya...

Sebenarnya kadang-kadang…I sendiri tak tau nak tulis entry apa dan nak buat apa kat dalam blog nie….
Nak copy and paste orang punya entry tak elok kan…
Dosa…lg2 kalau kite tak kreditkan kat penulis blog tue…
I bukan junis yang cam tue…
Tapi I sendiri ketandusan idea..hehhee…
Apa kata u all tlg jawabkan untuk I…
Boleh yek…yek..yekkk…..
*ngan muka sememeh+cute merayu nie…
Click yek polls kat right side bar I tue…
Boleh ek…boleh ler…
Oke…thank’z u all..
Sayang u all lebih ler…